Jepun kini kembali membuka bisnes dan taman tema mereka di negara berkenaan bagi merancakkan kembali sektor ekonomi mereka yang terkesan teruk kerana ketiadaan pelancong luar akibat COVID-19.
Namun, bagi mengekang penularan COVID-19, setiap pembukaan taman tema atau tempat tumpuan awam akan mempunyai SOP yang keta. Namun, ada satu peraturan ‘pelik’ yang dikenakan buat pengunjung Fuji-Q Highland Amusement Center; mereka tidak dibenarkan untuk menjerit jika menaiki roller coaster.
Biasa kita ke taman tema seperti Legoland atau Sunway Pyramid, jeritan keterujaan adalah satu perkara biasa apabila melalui kawasan roller coaster atau tarikan lain yang melibatkan kelajuan. Jadi, bagaimana untuk naik roller coaster tanpa menjerit?
Dalam video yang dihasilkan oleh Fuji-Q Highland ini, presidennya, Daisuke Iwata dan presiden syarikat induk Fuji Kyuko, Koichiro Horiuchi membuat demonstrasi bagaimana untuk ‘diam’ tetapi masih boleh menikmati roller coaster di taman tema tersebut.
Dapat dilihat, mereka berdua nampak tenang sahaja dan menaiki roller coaster lengkap dengan pelitup muka. Lebih menarik, terdapat ayat ‘sila menjerit di dalam hati’ ditulis di pengakhiran video ini.
Mungkin sudah biasa menaiki setiap tarikan di taman tema ini, Daisuke dan Koichiro boleh menaiki roller coaster dengan tenang serta tanpa sebarang perasaan dan kekal serius hingga tamat. Jika mereka boleh tenang, bagaimana pula dengan anda?
Ini pula artikel berkenaan 5 roller coaster paling ‘seram’ di dunia. Baca pada pautan di bawah.
Catat Lebih 60,000 Kes Sehari, Amerika Syarikat Sedia Buka Semula Disney World