Kesesakan lalu lintas di lebuh raya Simpang Pulai telah menyebabkan kedua-dua lorong tidak bergerak berikutan kemalangan yang melibatkan dua lori gula.
Bagaimanapun, sebahagian daripada pengguna yang berkongsi video keadaan semasa di lebuh raya tersebut berkata situasi terkini seolah-olah lebuh raya itu dilanda salji.

Baca Juga:
“Accident lori gula kat Highway Simpang Pulai sekarang. Dua dua highway takleh jalan buat masa ni. Gula tumpah atas jalan banyak sangat macam salji 😭 Sape yg ada plan nak kearah utara/selatan pagi ni, korang plan time lain,” kata @milaandhermilo di akaun TikTok miliknya.
Di dalam video tersebut kelihatan kesesakan yang teruk dengan jalan dipenuhi dengan gula berwarna putih.
@milaandhermilo Accident lori gula kat Highway Simpang Pulai sekarang. Dua dua highway takleh jalan buat masa ni. Gula tumpah atas jalan banyak sangat macam salji 😭 Sape yg ada plan nak kearah utara/selatan pagi ni, korang plan time lain 🙏🏻 #accidentsimpangpulai #accidentlorigula
Bagaimanapun, menurut Berita Harian, kemalangan ini telah mengorbankan 2 pemandu – masing-masing pemandu lori.
Kemalangan membabitkan tiga lori dan empat kereta di laluan antara Gopeng ke Simpang Pulai, dekat Kampung Tersusun Tekah.
Difahamkan, dua mangsa yang maut di lokasi kejadian, masing-masing pemandu lori gula pasir dan pemandu lori muatan logam.