Dua kelab dilaporkan sedang berusaha untuk mendapatkan khidmat bekas penyerang skuad B-22 Tahun negara iaitu Luqman Hakim.
Menurut perkongsian wartawan The Star iaitu T.Avineshwaran, dua pasukan yang dimaksudkan ialah Selangor dan Negeri Sembilan.
Baca Juga:
- Luqman Hakim Rasmi Tinggalkan Yokohama SCC
- Ini Jumlah Minit Bermain Luqman Hakim Bersama YSCC Yokohama
- VIDEO: Detik Luqman Hakim Hampir Jaringkan Gol Di Jepun
It is between Selangor and Negri Sembilan for the signing of striker Luqman Hakim Shamsuddin. If he does join the Red Giants, there is a possibility he could move on-loan to Negri Sembilan. #MSLTransfer25 pic.twitter.com/WDn4GnwdR1
— T. Avineshwaran (@avineshW90) April 20, 2025
Luqman Hakim Beraksi Di Liga Malaysia Musim Hadapan
Luqman berpisah dengan kelab divisyen tiga Jepun iaitu Yokohama SCC selepas tempoh pinjamannya sudah berakhir.

Luqman dalam satu kenyataan menzahirkan penghargaan kepada semua pihak terutama penyokong sepanjang tempohnya beraksi bersama kelab itu.
“Saya ingin ucapkan terima kasih kepada ahli kelab, staf kejurulatihan dan penyokong atas sokongan padu kepada kelab kita dalam musim ini.
“Saya gembira beraksi untuk kelab ini. Saya harap pada masa akan datang, kita akan berjumpa lagi.
“Saya gembira menjadi sebahagian daripada kelab ini. Terima kasih semua. Selamat berjaya untuk musim hadapan,” katanya.
Luqman Hakim membuat sembilan penampilan dalam semua kejohanan buat Yokohama SCC untuk tahun 2024.
Kelab tersebut tersingkir ke saingan Liga Bola Sepak Jepun (JFL) yang merupakan saingan divisyen empat selepas tewas dalam aksi play-off.

Luqman kemudiannya membuat keputusan untuk beraksi dalam saingan Liga Malaysia musim hadapan.
“Saya boleh katakan 90 peratus memang saya akan balik dan bermain di Liga Malaysia selepas ini, lagi 10 peratus itu boleh kata akan jadi 99 peratus.
“Saya dah lama di luar negara dan saya dah bersedia untuk balik dan mencari semula peluang untuk bermain dengan kelab-kelab Liga Malaysia,” katanya.