Sementara Malaysia hangat dengan perbincangan berkenaan dengan politik dan juga Piala Dunia FIFA Qatar 2022, kini kita beralih pula ke arena e-Sukan yang mana dua pemain profesional Counter Strike: Global Offensive (CS:GO) tempatan bakal berentap di dalam pertandingan berprestij di Sweden pada kali ini.

Dua pemain CSGO wanita Malaysia yang dimaksudkan adalah Ramona Azween dan Aisya Sabrina akan bertanding di Liga ESL Impact Musim Kedua peringkat akhir yang akan berlangsung di Jönköping, Sweden pada 25 November hingga 27 November ini.

Baca Juga:

Sumber Gambar: Ginx

Ramona dan Sabrina akan bertanding bersama pasukan HSG fe yang turut dianggotai dua pemain China, XiaoWu dan Hffo serta Hazel dari Hong Kong. Kedua-dua pemain Malaysia sudah pun selamat tiba di negara itu baru-baru ini untuk meneruskan agenda mereka seterusnya.

Pertandingan ini berjaya mengumpulkan hadiah terkumpul $123,000 (~RM563,000) yang bakal direbut tujuh pasukan lain yang melepasi kelayakan dari pelbagai rantau. Kami di sini mengucapkan selamat maju jaya kepada kedua-dua pemain berbakat dari Malaysia ini dalam merebut gelaran juara di dalam pertandingan berprestij tersebut.

Sumber