Semalam The Vocket melaporkan tentang perbalahan antara dua pemancing yang bergaduh pasal sungai. Di mana telah tular video di platform media sosial seperti TikTok dan Facebook.

Di mana dalam video tersebut, seorang pemancing yang merupakan pemilik akaun TikTok Baung Padu, didatangi oleh seseorang yang bengang dan mendakwa pemancing itu telah menceroboh kawasannya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sambil mengakui bahawa sungai tersebut adalah dibuat oleh bapanya. Banyak lagi kata kata kesar dan kesat dilemparkan.

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku pada petang Isni di Sungai Lubok Kepong.

Semalam Ketua Polis Daerah Segamat, Superintenden Ahmad Zamry Marinsah, mengesahkan bahawa perbalahan kedua dua pemancing itu sudah selesai.

Polis sebelum itu menerima 2 laporan polis. Dan akhirnya kedua dua mereka setuju untuk mencari penyelesaian dengan cara baik.

Dipetik dari Sinar Harian, Ahmad Zamry berkata: “Polis telah mengesan dan mengambil maklum penyebaran kenyataan dan perkongsian video di media sosial berkaitan perselisihan faham dua pemancing di Sungai Lubok Kepong, Segamat pada 22 Januari lalu.

“Perselisihan faham yang berlaku hanya melibatkan dua individu sahaja dan satu perjumpaan melibatkan mereka bersama Polis Daerah Segamat, Jabatan Perikatan Daerah Segamat, ketua kampung turut dibuat sejurus laporan polis diterima.

“Alhamdulillah, ia dapat menjernihkan isu secara kerjasama yang baik.”

Beliau beharap perkara ini tidak akan dipanjangkan lagi oleh mana mana pihak.

Baung Padu dalam siaran TikToknya turut berkongsi detik kedua dua pihak duduk semeja bersama polis. Dan menegaskan bahawa kedua duanya sudah berdamai.

Sambil menyatakan bahawa kedua dua mereka tidak ubah seperti adik beradik. Dan perselisihan faham itu sudah pun diselesaikan.

“Hari ini kita tidak membaung, kerana kita nak selesaikan masalah yang berlaku. Pada dasarnya tidak ada apa pun. Kita pun dah macam adik beradik.

@baung_padu

#fyprezekidariallah #orisungai #sungaimuar #ikanbaung #916 #BERDAMAI

♬ bunyi asal – BAUNG PADU_ – BAUNG PADU_