Dua orang pemuda raih pujian daripada warganet selepas mengedarkan tembikai buat orang ramai yang tersangkut kesesakan lalu lintas semasa Hari Raya baru-baru ini.
Menerusi hantaran video TikTok @kur0mi3e, dia bertemu dengan dua pemuda tersebut semasa berada di daerah Setiu, Terengganu.
Baca Juga:
- Ingat Nak Infak ‘Tembikai Free’, Peniaga Rugi Hampir RM3,000
- Netizen Puji Orang Terengganu Agih Tembikai, Kongsikan Tandas Kepada Perantau Sangkut ‘Jem’
- Pemuda Jadikan ‘Ferrari’ Gerai Jual Tembikai Buat Penduduk Kampung Teruja
@kur0mi3e Stuck in jammed at Setiu 😔
Dalam pada itu warganet turut memuji pemuda itu menggunakan sarung tangan plastik untuk menjaga kebersihan semasa mengedar buah tersebut.
Netizen berkongsi pengalaman mereka yang turut diberi layanan baik semasa tersangkut kesesakan lalu lintas beraya di negeri pantai timur itu.
Orang ramai turut mendoakan kesejahteraan buat kedua-dua pemuda tersebut.