Setiap kali pergi dan pulang berhari raya, anak-anak perantau tidak boleh lari daripada kesesakan lalu lintas. Mahu atau tidak, perlu hadapinya dengan hati terbuka.
Namun sekumpulan pemuda di Kampung Beris Tok Ku mengambil peluang itu menjamu anak-anak perantau yang mahu pulang semula ke rumah masing-masing dengan sepinggan tembikai potong.
Baca Juga:
- Tak Nak Hadap Sesak, Perantau Suka Hati U-Turn Tengah Raub Bypass Beramai-Ramai
- ‘Dah Macam Nak Balik Kampung’ – Netizen Kongsi Kesesakan Luar Biasa Sempena Pembelian Jualan Raya
- Sebak Fikir Golongan Tidak Berkemampuan, ‘Instafamous’ Ini Sedia Taja Tiket Bas Untuk Balik Kampung
“Kongsi-kongsi rezeki ketika jalan tengah ‘jem’. Hati-hati memandu semua, semoga selamat sampai ke destinasi. Amin,” petik hantaran TikTok @mankidal92.
@mankidal92 kongsi2 rezeki ketika jln tengah jem. Hati2 memandu semua, semoga selamat sampai ke destinasi. Amin. #kampungberistokku
Video berdurasi 1 minit 14 saat itu mendapat lebih 1.7 juta tontonan, serta hampir 7,000 komen daripada pengguna TikTok.
Ramai memuji usaha mereka berkongsi rezeki kepada perantau yang perlu menempuh beratus-ratus kilometer dan belasan hingga puluhan jam untuk sampai ke destinasi.
Ditambah pula cuaca pada ketika ini yang panas, pasti tembikai potong itu sedikit sebanyak dapat melegakan tekak pemandu dan semua penumpang yang ada di dalam kenderaan.
Dalam pada itu, ada netizen mendakwa ada tuan rumah di kawasan Mersing memberikan Nasi Beriyani kepada anak-anak perantau yang tersangkut dalam kesesakan lalu-lintas di hadapan rumahnya.
Sementara itu ada juga tuan rumah di Setiu, ‘membuka’ rumah mereka jadi tandas awam bagi memudahkan perantau yang perlu ‘melepaskan hajat’ setelah berjam-jam menahannya.
Netizen turut mendoakan kepada orang ramai yang banyak membantu sepanjang perantau tersangkut kesesakan lalu-lintas musim perayaan baru-baru ini.
@r.nissss tandas free 2.0 2024🥰 #jemraya #raya2024 #alamakrayalagi