Sejak semalam tular video seorang remaja yang mengeluarkan kata-kata kesat serta menghina pembuat kertas soalan sejarah kerana dia tidak dapat menjawab kertas soalan Sejarah pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Dalam laporan Harian Metro, polis telah menahan dua remaja lelaki bagi membantu siasatan video tular berkenaa.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah berkata, penahanan dua remaja masing-masing berusia 18 tahun itu dibuat selepas pihaknya menerima laporan daripada guru wanita berusia 53 tahun pada jam 10.53 pagi semalam.

“Video yang tular memaparkan seorang pelajar lelaki memakai seragam sekolah meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap kertas soalan SPM mata pelajaran Sejarah.

“Pelajar itu juga turut mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pembuat kertas soalan serta menghina Singapura,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Suffian berkata, bertindak atas maklumat, pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor melakukan serbuan di rumah suspek dan menahan dua remaja lelaki warga tempatan.

Polis telah merampas satu unit telefon bimbit iPhone 11 dalam serbuan itu. dan ujian saringan air kencing ke atas kedua-dua suspek didapati negatif dan semakan mendapati mereka tidak mempunyai rekod lampau.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1995 dan Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998.

Dua remaja berkenaan sebelum ini telah membuat video permohonan maaf dan berjanji perkara seperti itu tidak akan berulang lagi.

Sumber