Memang tidak masuk akal apabila kita sampai di era di mana ada live stream untuk konten tidak berpuasa. Dan itulah yang terjadi.

Bulan puasa adalah bulan suci untuk umat Islam dan ianya adalah bulan di mana semua umat Islam berpuasa.

Oleh kerana ianya bulan suci, maka haruslah ianya dihormati dengan selayaknya oleh semua pihak terutama sekali yang beragama Islam itu sendiri.

Buat konten ‘live stream’ tidak berpuasa

Namun dua orang remaja, dengan selamba membuat konten sambil makan depan kamera. Mereka tidak peduli dengan kecaman diterima di ruangan komen tentang tindakan tidak berpuasa itu.

Paling mengejutkan, di ruangan komen, ramai juga pengikut mereka yang seolah olah menyokong perbuatan mereka dengan menganggap itu satu gurauan yang kelakar.

Ada yang berseloroh meminta makanan sedikit daripada remaja tersebut dan mahu menyertai mereka makan nasi.

Reaksi netizen

Di laman X, netizen jelas tidak gembira dengan konten yang dianggap tidak menghormati dan mempersendakan bulan mulia, bulan ramadan.

Seorang netizen berkata: “Sengaja tak puasa tu satu hal. Perlekeh bulan ramadan tu lagi satu hal. Ni kalau esok tiba-tiba kena jemput malaikat Izra’il tak tau la nasib kau macam mana dalam kubur.”

Izham menulis: “Orang lain tidak berpuasa makan sembunyi, kau siap buat live. Iblis memang bangga dengan kau.”

Seterusnya, netizen juga membuat perbandingan, ada rakan mereka yang tidak beragama Islam pun segan nak makan di hadapan mereka yang berpuasa, walaupun itu tidak menjadi kesalahan. Tetapi dua remaja tersebut langsung tidak menghormati bulan puasa.

Yang lain berharap pihak berkuasa mengambil tindakan ke atas dua remaja tersebut.