Pada tahun lalu, seorang wanita telah diserang secara seksual di hadapan anak perempuannya di tempat letak kereta di Tamarind Square. Kini, muncul lagi kes wanita dicabul di Tamarind Square.
Menurut pengguna Twitter @nrsyfreyna, dua rakannya telah diganggu dan diraba oleh seorang lelaki di Tamarind Square semalam. Akan tetapi, rakannya itu terpaksa berdiam kerana salah seorang rakannya itu mengandung dan takut akan merbahayakan keselamatan mereka jika mereka menjerit.
sex maniac strike again at Tamarind Square and this time my friend got groped. a few minutes after that, another girl got assaulted by the same guy. the police informed us that Tamarindโs management has been silent about the issues.
total of cases today: 2
— .๐ง๐ผโโ๏ธ. (@reyninggg) April 5, 2022
Lalu, laporan polis telah dibuat dan pihak polis memberitahu bahawa pihak pengurusan masih berdiam akan isu tersebut. Akan tetapi, pihak polis telah meminta rakannya menarik laporan kerana tidak cukup bukti.
Selain itu, pengguna Twitter @asymqw_ turut berkongsi kes cabul yang berlaku di tempat letak kereta bawah tanah Tamarind Square pada hari yang sama. Menerusi perkongsiannya, dia mendengar ada suara orang menjerit lalu dia pun membunyikan hon kerana tidak pasti dari arah mana suara itu.
https://twitter.com/asymqw__/status/1511234455335157765
Kemudian, dia ternampak seorang wanita yang ketakutan di bahagian tempat menaiki lift. Lalu, wanita tersebut yang trauma turut bertanya jika dia ada terlihat lelaki yang cuba mencabulnya sebelum melarikan diri dan kejadian ini telah dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV).
Untuk pengetahuan anda, kedua-dua mangsa ini dipercayai diserang oleh individu yang sama kerana berpakaian serba hitam, menyandang beg silang warna hitam dan memakai pelitup muka yang tidak pasti warnanya serta memakai selipar berjenama Adidas.
Perkongsian tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan menimbulkan kerisauan dalam kalangan netizen. Bukan itu sahaja, para netizen turut menasihati agar wanita lebih berhati-hati dan tidak jalan berseorang di tempat sunyi.
Oh no, now im scared going there alone especially when i need to park at the basement. Its so hard to find parking outside, everyone knows it ๐ข https://t.co/lCK28yysFl
— Nadia ๐ฒ๐พ๐ (@nadiazaman__) April 5, 2022
https://twitter.com/snabess_/status/1511487284687749125
https://twitter.com/boongachientaof/status/1511528525903589378
Malah, para netizen turut mencadangkan agar pihak pengurusan memperketatkan kawalan keselamatan kerana kejadian ini sering terjadi di Tamarind Square.
Difahamkan, laporan polis telah dibuat dan siasatan masih diteruskan bagi mengesan suspek serta kes disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan. Walau bagaimanapun, tiada kenyataan rasmi daripada pihak pengurusan Tamarind Square berhubung isu tersebut.
Dalam satu kenyatan, Ketua Polis Daerah Sepang Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata pihak polis kini sedang memburu seorang lelaki juling bagi membantu siasatan berhubung dua kejadian ini.
Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah.
Membazir Dan Menyusahkan, Netizen Bengang Lebihan Pek Makanan Terbiar Di Tepi Jalan
YouTuber Dan 3 Rakan Ditahan Polis, Disyaki Bunuh Kekasih Disebabkan Cemburu