Pengacara dan pelakon, Elly Arifin telah menceritakan peristiwa hitam yang pernah berlaku pada dirinya iaitu dia pernah menjadi mangsa gangguan seksual selepas dicabul oleh seorang pengamal perubatan Islam yang bergelar ustaz.

Menurutnya, kejadian itu berlaki pada dua tahun yang lalu apabila dia datang ke rumah ustaz tersebut seorang diri untuk tujuan berubat tetapi tidak disangka ustaz itu meraba tubuh badannya serta memasukkan tangan di bahagian sulit ketika dia dalam keadaan separuh sedar.

Baca Juga:

Sehingga kini, dia masih belum dapat melupakan kejadian tersebut dan mendedahkan bahawa ustaz tersebut seseorang yang rapat dengan keluarganya dan sangat dipercayai.

“Memang tidak terfikir pun akan berlaku kejadian tidak elok. Mak saya suruh berjumpa untuk berubat dan ketika itu saya datang seorang diri, saya pakai baju sweater dua lapis dan seluar besar, tak ketat ketat.

“Lepas itu sudah mula berubat saya minum air yang sudah dibaca ayat oleh ustaz itu, dalam keadaan separuh sedar tiba-tiba saya dapat rasa tangan dia tengah meraba saya pada bahagian atas dan bahagian bawah alat sulit saya.

“Dia sentuh dan seluk pada bahagian dalam tanpa lapik, dia seluk dalam, 3 kali dia buat. Saya tidak mampu untuk terus melawan, jadi saya terpaksa perlahan-lahan tolak dan mengelak.” ujar Elly.

Tambahnya, sebelum Elly pulang ustaz tersebut sempat berpesan beberapa kali supaya dia tidak menceritakan kejadian tersebut kepada ibunya.

Bukan itu sahaja, Elly turut mendakwa ketika dia membuat laporan di balai, pihak polis hanya bersikap acuh tak acuh dan reaksi mereka mengecewakannya.

Walau bagaimanapun, kes itu telah selesai di mahkamah selepas ustaz tersebut mengaku bersalah atas kesalahan mencabul dan dikenakan denda.

Sebagai pengajaran, Elly menasihati golongan wanita agar lebih berhati-hati dan segera bertindak melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya berlaku kejadian sedemikan.