Penjaga gol Burnley, Martin Dubravka mencatat namanya dalam sejarah Liga Perdana Inggeris dengan cara tersendiri.
Dalam aksi pembukaan menentang Tottenham Hotspur, Dubravka secara rasmi menjadi penjaga gol pertama yang dihukum kerana melanggar peraturan baharu “8 saat” – yang diperkenalkan secara rasmi di EPL.
Apa itu peraturan 8 saat?
Kalau sebelum ini, peraturan FIFA menetapkan penjaga gol hanya boleh memegang bola maksimum 6 saat, tetapi ia jarang sekali peraturan itu ditegakkan dengan serius.

Namun musim ini, Premier League melanjutkan had masa itu kepada 8 saat dan berjanji akan menguatkuasakan peraturan itu dengan tegas.
Penjaga gol hanya dibenarkan memegang bola maksimum selama 8 saat selepas menangkap atau menguasainya. Jika mereka mengambil masa lebih daripada itu, pengadil akan memberikan kiraan amaran selama 5 saat.
Namun, jika penjaga gol masih tidak melepaskan bola selepas kiraan tersebut, pasukan lawan akan terus dihadiahkan sepakan penjuru.
Dubravka ‘mangsa’ pertama
Hasilnya, baru minit ke-4 perlawanan, Dubravka telah diberi amaran oleh pengadil Michael Oliver kerana memegang bola terlalu lama. Bila kiraan amaran lima saat sudah diberikan, Dubravka tetap belum lepaskan bola — dan akibatnya, Spurs terus dihadiahkan sepakan penjuru.
Lucunya, insiden ini terus jadi bualan peminat bola sepak dunia kerana ia berlaku pada perlawanan pertama peraturan baharu itu dilaksanakan. Lebih malang, dari sepakan penjuru tersebut, Spurs akhirnya berjaya membuka jaringan menerusi kombinasi Mohammed Kudus dan Richarlison.
Netizen membanjiri media sosial dengan pelbagai reaksi, ada yang kata “akhirnya peraturan lama ditegakkan dengan betul”, ada juga yang simpati dengan Dubravka yang terpaksa jadi ‘eksperimen pertama’.
Ini kerana menurut peminat PGMOL juga terkenal dengan sikap tidak konsisten mereka dalam pengadilan terutama sekali layanan ke atas pasukan kecil berbanding big six EPL.
Apa pun, kisah ini jelas menunjukkan Premier League benar-benar serius mahu mempercepat tempo permainan dan mengurangkan taktik ‘buang masa’ oleh penjaga gol.
Martin Dubravka becomes the first goalkeeper penalised for holding onto the ball for more than eight seconds! ⏱️ pic.twitter.com/EW6BfVzgt3
— Sky Sports Premier League (@SkySportsPL) August 16, 2025
Jadi adakah anda berpuas hati dengan pengendaliaan peraturan 8 saat oleh pengadil dalam insiden melibatkan Martin Dubravka?
Mungkin Liga Super Malaysia juga harus menguatkuasakan peraturan yang sama?