Buat kita rakyat marhaen, memiliki RM1 juta pun sudah dikira satu kebahagian yang didambakan dan boleh menyelesaikan segala komitmen, tetapi bagi individu terkaya di dunia iaitu Elon Musk yang mempunyai perspektif yang berbeza.

Dalam satu perkembangan yang mengejutkan ramai pihak, Elon Musk, individu terkaya di dunia, baru-baru ini mencetuskan perbualan hangat global apabila memuat naik satu hantaran yang menyentuh hati mengenai hubungan antara wang dan kebahagiaan.

Walaupun baru sahaja memecahkan rekod kekayaan peribadi, beliau secara terbuka mengakui kebenaran pepatah lama bahawa wang ringgit tidak semestinya menjamin ketenangan jiwa

Melalui platform media sosial X miliknya, Musk menulis satu mesej ringkas namun penuh makna: “Sesiapa yang berkata ‘wang tidak boleh membeli kebahagiaan’ benar-benar tahu apa yang mereka bicarakan,” yang disusuli dengan emoji wajah sedih.

Kenyataan ini dianggap sangat ironik memandangkan ia datang daripada seorang tokoh yang baru sahaja menjadi manusia pertama dalam sejarah memiliki kekayaan bernilai $800 bilion bersamaan RM3.16 trilon.

Lonjakan kekayaan luar biasa ini berlaku selepas syarikat roketnya, SpaceX, mengambil alih syarikat kecerdasan buatan, xAI, meletakkan beliau di landasan untuk menjadi trilionair pertama dunia

Hantaran tersebut yang telah tular dengan pantas menerima pelbagai reaksi daripada netizen.

Di satu sudut, pengkritik membalas dengan nada sinis dan jenaka, dengan sebilangan pengguna media sosial mencabar Musk untuk memberikan wang kepada mereka.

Salah satu komen yang mendapat perhatian berbunyi, “Jika wang tidak penting, awak patut berikan saya $10 juta“.

Ada juga membangkitkan persoalan moral, mencadangkan bahawa jika wang tidak membawa kebahagiaan kepada golongan bilionair, kekayaan tersebut sepatutnya diagihkan semula untuk membantu golongan miskin dan sakit yang amat memerlukannya