Tiga anggota polis ditahan bagi membantu siasatan kes kehilangan wang berjumlah RM85,000 di sebuah premis ketika Op Khas dijalankan di kawasan ‘Mini Dhaka’ ibu negara, pada Khamis lalu.

Memetik laporan Buletin TV3, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata ketiga-tiga suspek kini direman 4 hari bagi membantu siasatan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Beliau berkata pihaknya menerima satu laporan polis pada jam 12.36 tengah malam Jumaat lalu. Laporan itu dibuat berhubung kehilangan wang berkenaan di sebuah premis di Lebuh Pudu.

Hasil siasatan membawa kepada penahanan 3 anggota polis berusia dalam lingkungan 26 hingga 35 tahun yang dipercayai terlibat dalam kes kehilangan wang itu.

Tambahnya lagi, kes masih dalam siasatan dan disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Beliau juga meminta orang ramai diminta tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan ataupun boleh menimbulkan sebarang kegusaran awam.

Sumber