Walaupun sudah diingatkan pelaburan menerusi Forex sangat berisiko, tetap masih ramai yang mahu memilih jalan mudah kerana merasakan boleh jadi kaya-raya seperti yang dipertontonkan oleh segelintir trader di media sosial.

Inilah apa yang terjadi kepada seorang abang kepada individu di Reddit yang bernasib malang apabila dia terpengaruh dengan Forex dan mengalami kerugian besar menerusinya.

forex
Sumber Gambar: Sebenarnya.my

Perkongsian kisah sedih telah dikongsikan oleh seorang pengguna Reddit telah berkongsi tentang abangnya yang mengalami kerugian sekitar RM10,000 dan sedia meminta RM1,000 daripadanya pada minggu lalu namun hasilnya tetap sama.

Dah pernah rugi RM10,000

Percaya mampu mengubah nasib dengan cubaan pelaburan berikutnya, abangnya sekali lagi mahu meminta pinjam jumlah wang yang besar iaitu RM10,000.

forex
Sumber Gambar: Forex Trader

Lelaki terbabit menyasarkan dengan pelaburan sebesar itu bakal memberi pulangan berlipat kali ganda pada kali ini kerana dapat bantuan servis rakannya yang didakwa sudah membuat keuntungan ratusan ribu ringgit menerusi dagangan Forex.

Jika berlaku kerugian lagi, abangnya memberikan jaminan akan menjual motosikalnya dan membayar balik wang yang dipinjam.

Masih dalam dilema

forex
Sumber Gambar: Gempak

Bagi pengguna Reddit itu, jumlah wang yang diminta tersangatlah besar dan merasa sebagai ahli keluarga perlu membantunya tetapi dalam masa sama meragui akan percakapan abangnya dalam perihal pulangan Forex tersebut.

Oleh itu, dia menyoal sama ada perlu membantu abangnya yang dalam kesusahan dengan memberi pinjam RM10,000 atau pun biarkan abangnya terkapai-kapai seorang diri.

“Saya tahu banyak pakar di sini, apa pandangan anda di dalam perkara ini?” soalnya kepada pengguna lain.

Dia masih dilema kerana tidak abangnya terperangkap di dalam kitaran negatif tersebut dan menasihatinya untuk berhenti sahaja dan biarkan ia berlalu.

Walaupun sudah dinasihati, abangnya masih berkeras dan mahu mencuba sehinggalah dia mampu mendapatkan semula kerugian yang dialami selama ini.

Menjengah ke ruangan komentar, majoriti netizen memberi respons meminta individu terbabit untuk tidak memberi pinjam wang kepada abangnya yang dilihat sudah ketagih seumpama main judi pula.

Ramai percaya jika terus dilayan segala permintaannya bukan sahaja bakal merugikan individu yang bertanya itu kerana wang yang dipinjam tidak dipulangkan malahan kitaran negatif itu akan bertambah melarat di kemudian hari.

Dalam pada itu, netizen turut menggelarkan Forex itu sudah seumpama berjudi alaf baharu yang ramai tidak sedar. Perkara ini bertambah serius apabila banyak ‘gurus’ di luar sana yang mempamerkan kemewahan dengan mendakwa ini semua hasil Forex walhal realitinya mungkin mereka hanya makan komisen dari pendaftaran ahli baharu sahaja.