Sebut mengenai rangkaian donut premium pastinya Dunkin’ Donuts antara difikirkan ramai. Berjaya menawarkan donut yang pelbagai serta minuman membuatkan rangkaian ini sangat dekat di hati Rakyat Malaysia.
Terbaharu, Dunkin’ Donuts nampaknya telah mengubah nama kesemua rangkaian mereka di Malaysia kepada Dunkin’. Pemilihan nama baharu tanpa ‘Donuts’ ini dibuat selari dengan penjenamaan semula syarikat ini seperti di Amerika Syarikat.

Penjenamaan ini dibuat bagi memberi mesej kepada orang ramai dimana mereka kini lebih memfokuskan kepada penawaran minuman premium secara on the go.
Difahamkan penjenamaan ini dibuat setelah jualan syarikat ini didapati merosot sekaligus membuatkan Dunkin’ memperkenalkan strategi terbaharu dengan memfokuskan kepada penjualan minuman premium. Langkah ini dibuat dengan harapan para pengguna bakal bertambah sekaligus meningkatan jumlah jualan mereka.

Walau bagaimanapun, para peminat donut di Malaysia tidak perlu kecewa kerana Dunkin’ masih lagi akan menawarkannya meskipun lebih memfokuskan kepada penjualan minuman premium ketika ini.
Untuk pengetahuan, strategi ini mulai dirancang seawal tahun tahun lalu lagi. Turut dikongsikan, ‘rahsia’ Starbucks bangkit semula dengan menguasai pasaran kopi di seluruh dunia.
Pernah Jatuh, Ini ‘Rahsia’ Dan Cara Starbucks Kembali Kuasai Pasaran Kopi Di Seluruh Dunia