Mula diumumkan seawal Disember lalu mengenai langkah kerajaan untuk menstruktur semula kadar duti kenderaan oleh kerajaan, nampaknya perkara ini telah disahkan dan digazetkan oleh Kementerian Kewangan pada 31 Disember 2019.

Menerusi syarat di bawah peraturan baru ini, kenderaan pemasangan tempatan (CKD) bakal dikenakan cukai yang lebih tinggi. Hal ini berikutan kaedah pengiraan nilai pasaran terbuka atau open market value (OMV) telah berubah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Untuk pengetahuan, OMV merupakan nilai akhir pasaran yang ditetapkan bagi kenderaan CKD yang siap dari kilang sebelum pihak kerajaan mengenakan duti eksais ke atasnya. Beberapa kompoenan yang menentukan OMV termasuklah kos pengilangan dan komponen serta caj pemasangan.

04_Mazda-Kulim-Plant_Vehicle-Assembly-Plant_BM01-1200×800
Sumber: Paul Tan

Langkah yang dibuat ini bertujuan untuk meningkatkan pendapatan negara dengan cara menawarkan kenderaan dengan harga yang lebih tinggi menerusi duti eksais yang dikenakan. Difahamkan peningkatan harga sekitar 12-15% antara yang dijangkakan.

Dari sudut lain, peningkatan duti eksais yang meningkatkan harga kenderaan bakal memberi kesan kepada jumlah jualan dan pengeluaran kenderaan. Perkara ini secara tidak langsung turut memberi kesan kepada kepada peluang pekerjaan sekiranya pihak kilang memilih untuk mengecilkan operasi.

Sekiranya perkara ini berlaku, Malaysia mungkin kehilangan pelabur daripada negara-negara jiran dengan kutipan cukai koporat yang lebih rendah.

1

Setakat ini pihak pengeluar kereta jenama luar yang memasang kenderaan di Malaysia masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan atau pengumuman peningkatan harga. Agak menarik untuk menyaksikan adakah Honda dan Toyota selaku jenama yang sering menjadi pilihan pengguna Malaysia menaikkan harga atau sebaliknya.

Hangat pada minggu ini apabila sebuah DeLorean sedia untuk dijual dengan harga RM198,000 di Sarawak. Turut dikongsikan, ‘geng kereta mahal’ yang berlumba di jalanan sehingga mengakibatkan kemalangan.

Kenderaan ‘Back To The Future’ Di Sarawak Sedia Dijual Dengan Harga RM198,000

Netizen Bengang ‘Geng Kereta Mahal’ Sebabkan Kemalangan Kerana Berlumba

Sumber