Power station keluaran EcoFlow merupakan antara pilihan utama buat mereka yang suka akan aktiviti camping atau berkerja di luar kawasan bandar.

Kami turut berpeluang untuk mencuba power station daripada EcoFlow iaitu RIVER 2 Max untuk merasai pengalaman penggunaan di dalam situasi sebenar menerusi aktiviti camping yang dijalankan baru-baru ini.

Baca Juga:

Secara dasarnya, EcoFlow RIVER 2 Max merupakan sebuah power station bersaiz kecil dan berkuasa yang mana bakal memastikan segala keperluan penggunaan elektrik menjadi mudah walau di mana jua.

Walaupun rekaannya kompak, kapasiti bateri yang besar pada stesen jana kuasa ini membolehkan kami mengecas pelbagai peranti ketika berada di Draco Camp. Menariknya, kehadiran aplikasi EcoFlow memudahkan kami mengawal bekalan kuasa agar ia lebih jimat untuk kegunaan lebih lama.

Penggunaan EcoFlow RIVER 2 Max untuk mengecas pelbagai peranti daripada beberapa individu berbeza sepanjang camping nyata bukan masalah untuk model ini.

Boleh tonton video review kami untuk mengetahui lebih lanjut bagaimana prestasi EcoFlow RIVER 2 Max ini beroperasi di dalam dunia sebenar terutamanya dalam camping.