Sharifah Rose, nama pelakon yang meningkat naik dalam industri hiburan tempatan dan bakal melancarkan perniagaan baharunya iaitu Sekuntum. Akan tetapi, muncul dakwaan tidak enak sehingga namanya trending di Twitter.
Menerusi perkongsian seorang pengguna Twitter @ladsheer yang merupakan usahawan dan pemilik jenama tempatan Sekuntom telah mendakwa nama dan konsepnya hampir sama dengan jenama baru yang bakal dikeluarkan oleh Sharifah Rose.
Selamba artis keluarkan
1) brand nama sama ejaan je lain
2) business nature sama
3) signature bunga 3 kelopak sama
4) design font logo huruf kecil samaBila nama brand hampir sama, customer pun konfius. Akhirnya picisan ni tertindas, nak dapat follower 10K pun makan tahun. pic.twitter.com/gV6SmPs2mr
— Sheer (@ladsheer) February 17, 2022
Menerusi perkongsiannya itu, beliau turut meluahkan kekecewaan kerana bukan mudah untuk dapatkan pelanggan seperti saat ini tiba-tiba ada ‘menciplak’ konsep perniagaan begitu sahaja.
Menurut usahawan tersebut, nama yang digunakan oleh jenama Sharifah Rose adalah Sekuntum manakala nama jenamanya Sekuntom, perbezaannya dapat dilihat pada ejaan.
Malah, logo mereka pun dilihat seakan-akan sama apabila menggunakan tiga kelopak bunga. Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian orang ramai dan rata-rata netizen telah mengecam tindakan Sharifah Rose.
macam tu je small business ditindas. cancel cancel nanti support jugak business copycat gini ππ»ππ»ππ»ππ» https://t.co/SsxN4KHbTV
— nisa (@khfnsa_) February 19, 2022
Harap lebih ramai peniaga/designer untuk ambil tahu macam mana lindungi Intellectual Property. berbaloi dengan harga pun untuk dapatkan hak perlindungan atas karya masing2. Kalau tahu silakan walk in ke MyIPO. Jika tak, silakan approach any IP Firm. https://t.co/93FqztywqN
— π²πΎ TheSaintDemon (@TheSaintDemon) February 18, 2022
They can't be bothered to use any brain cells now ? Surely looking for a unique name/logo is not the most challenging part of any business ? https://t.co/vCx7yhF66c
— AmΓ¬n π΄ (@aminarham) February 18, 2022
Peep the badly edited grainy stock photos bye itβs giving 2013 tumblr aesthetics https://t.co/i1k7BVS9PG pic.twitter.com/UalccW7CgS
— daddy issues milkshake π³οΈβπ (@adumb_rose) February 18, 2022
Hi. I dah contact macamilk and let them know of how youβre being plagiarized as well. You may want to work with them on the legal part. pic.twitter.com/dzcfv4ML0a
— Abul ΒΉβΉβΈβΉ (@pineabul) February 18, 2022
Dapat dilihat perkongsian Sharifah Rose di Instagram dibanjiri komen netizen dan rata-rata netizen mempersoalkan tindakannya. Malah, para netizen mahukan penjelasan berhubung isu ini dan netizen turut menasihati peniaga kecil untuk lindungi karya dengan patternkan ia.
Isu seperti ini seringkali terjadi, kami kongsikan beberapa artikel berkaitan ciplak idea usahawan kecil pada pautan di bawah.Β
Dakwa Konsep Tudung Diciplak Jenama Terkenal, Netizen Simpati Lihat Pemuda Ini Menangis
Kecewa Dan Sedih, Naili Exclusive Dakwa Jenama Sabella Ciplak Karyanya?