Ejen Antony bidas Ruben Amorim kerana kenyataan pengurus itu tentang pemain Brazil tersebut.
Prestasi cemerlang Antony di La Liga disambut dengan nada biasa oleh Amorim yang menegaskan bahawa pemain itu cemerlang di Sepanyol kerana liga lebih lembik secara fizikal berbanding EPL.
Amorim yakin Antony masih akan bergelut dengan EPL, segera memberikan bayangan bahawa pemain itu tidak akan berada dalam perancangannya sama sekali di masa akan datang.
Antony dipinjamkan ke Real Betis selepas pemain itu gagal mendapat tempat dalam skaud Amorim. Dan sejak menyertai kelab Sepanyol itu, Antony berjaya mendapatkan semula rentaknya.
Kelab Sepanyol itu malah mulai mempertimbangkan untuk membeli pemain itu secara tetap walaupun tahu ianya bukan pilihan yang murah.
Ejen Antony bidas Ruben Amorim berkaitan penilaian Antony
Junior Pedroso, ejen Antony bidas Ruben Amorim kerana menganggap pemain itu tidak cukup bagus untuk bermain di liga yang sangat fizikal seperti EPL.
Pedroso turut mengeluarkan statistik menyokong hujahnya. Ejen Antony bidas Ruben Amorim sebagai membuat kenyataan tidak berasas.
“Kami hormati pandangan Ruben Amorim sebagai jurulatih. Namun kami tidak fsetuju sama sekali dengan analisisnya.
Antony Dedahkan Sebab Di Sebalik Aksi Cemerlang Bersama Real Betis
“Untuk menyatakan Antony kurang berjaya di Mancheter United dengan punca utamanya adalah aspek fizikal adalah hujah yang tidak tepat dan tidak berpaksi pada realiti.
“Hakikatnya, Antony tidak memiliki cukup peluang bermain dan kurang keyakinan untuk bermain bola sepak terbaiknya.
“Daripada 15 perlawanan yang Amorim uruskan di Man United, dia cuma pakai Antony 9 kali, dengan keseluruhan hanya 252 minit bermain. Ini hanya mewakili 18.6% sahaja daripada keseluruhan 1,350 minit.
“Bagaimana kamu nak menilai Antony sebagai atlet yang tidak diberikan peluang cukup untuk membuktikan dirinya.”
Amorim pandang rendah La Liga
Ejen Antony bidas Ruben Amorim yang seolah olah memandang rendah kualiti La Liga. Pedroso menambah: “Kenyataan pengurus, mungkin dia terlepas cakap, secara tak langsung menunjukkan dia telah memandang rendah kualiti La Liga dan pertandingan di Sepanyol.

“Sedangkan Sepanyol memiliki salah sebuah liga paling kompetitif di dunia. Kelab kelab mereka sentiasa bersaing sengit di pentas UCL dan UEL.”
Akui sahaja Antony memang bagus, kata ejen
“Dan realiti yang harus diakui adalah, Antony, sejak tiba di Real Betis telah menjadi salah seorang pemain terbaik di La Liga,” tambah ejen Antony.
“Ini telah menunjukkan potensi sebenar Antony apabila dia diberikan peluang bermain dan suasana yang membina untuk meningkatkan mutu permainannya.

“Apa yang digariskan adalah masalahnya di sini bukan kerana isu fizikal, namun konteks dan cara pengurus menguruskan kelab di Manchester.
“Ramai pemain yang gagal menyerlah di United berjaya menunjukkan aksi cemerlang dengan kelab lain. Dan ini yang membuatkan kita terfikir adakah masalah ini sebenarnya kerana pemain?” kata Pedroso yang membayangkan bahawa Man United ada masalah di peringkat kejurulatihan dalam beberapa musim kebelakangan ini.