Jika ekonomi Malaysia terus konsisten, diramalkan bahawa Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita Malaysia dijangka akan memintas Jepun menjelang tahun 2035, lapor Seasia News.

Jika sekarang ini kedudukan Malaysia masih di belakang beberapa kuasa besar Asia seperti Korea Selatan, Jepun dan Taiwan, laporan terbaru ini menunjukkan bahawa Malaysia semakin menghampiri Jepun dalam perlumbaan ekonomi.

Ekonomi

Ekonomi Malaysia Konsisten Berbanding Jepun

Menurut analisis tersebut, Malaysia kini berada dalam fasa pertumbuhan ekonomi yang konsisten, terutamanya dalam sektor teknologi, perkilangan, dan perkhidmatan.

Penduduk muda, lonjakan pelaburan asing langsung (FDI), serta pembangunan digital dan teknologi hijau memberi sokongan padu kepada pertumbuhan ini.

Ekonomi

Sebaliknya, Jepun kini sedang bergelut dengan populasi menua, pertumbuhan perlahan, dan kurang inovasi tenaga kerja.

Cabaran-cabaran ini menyebabkan Jepun semakin sukar berkembang.

Startegi Malaysia

Kerajaan Malaysia turut menekankan pelaburan dalam bidang-bidang strategik seperti transformasi digital, teknologi hijau, dan peningkatan tenaga kerja tempatan.

Kombinasi faktor-faktor ini meletakkan Malaysia pada landasan kukuh untuk jadi “player utama Asia” pada masa depan.

Ekonomi
Screenshot

Kalau trend semasa ini berterusan, menjelang 2035 Malaysia mungkin akan melihat sejarah tercipta — apabila Malaysia, yang suatu ketika dulu dilabel ‘negara membangun’, berjaya mengatasi Jepun dari sudut kekayaan per kapita.