Isu perbandingan produk serta pertelingkahan di media sosial baru-baru ini telah mencetuskan satu gelombang positif dalam kalangan pengguna tempatan.

Kebanyakan pengguna media sosial mula menyedari pentingnya mengutamakan produk anak bangsa berbanding bergantung kepada jenama luar, terutamanya jenama dari negara jiran atau seberang.

Keadaan ini menjadi lebih menarik apabila akaun Threads rasmi MBSB Bank memuat naik satu hantaran terbuka meminta orang ramai menyenaraikan jenama Malaysia yang boleh disokong bersama.

Ruangan komen hantaran tersebut dengan cepat bertukar menjadi medan himpunan pelbagai produk dan perkhidmatan buatan tempatan yang berkualiti tinggi.

Respons yang diterima sangat luar biasa sehingga ramai yang teruja melihat begitu banyak jenama berkualiti yang selama ini kurang diberi perhatian.

Antara dialog netizen yang mencuri tumpuan termasuklah komen daripada akaun nuratiqahmz yang berseloroh, “Take note. Crush xtau pakai apa bg hensem ka? Meh nk suggest haha,” manakala pengguna miezacyg90 pula mengakui, “Wow byk brand lom explore lagi ni!”

Gelombang ‘Support Local’ Sebagai Alternatif Kualiti

Percakapan mengenai jenama seberang seperti produk penjagaan lelaki Kahf sebelum ini kerap menjadi bualan, namun netizen dengan cepat tampil mengetengahkan alternatif tempatan.

Seorang pengguna Threads dengan nama wuzgutz berkongsi pandangannya tentang jenama tempatan Bad Lab dengan menyatakan, “BadLab, wangi, murah, better than Kahf, long lasting, yang penting Made in Malaysia,” yang kemudiannya mendapat ratusan tanda suka dan sokongan pengguna lain.

Sentimen ini memperlihatkan kesedaran masyarakat yang semakin meningkat.

Pembeli kini bukan sahaja mencari barangan yang mampu milik, malah mahu menyokong ekosistem ekonomi tempatan, peniaga kecil, serta pereka bebas yang menghasilkan produk memenuhi cita rasa rakyat Malaysia.

Penjagaan Diri, Skincare Dan Minyak Wangi

Sektor kecantikan dan penjagaan diri menyaksikan persaingan yang cukup sihat dengan kehadiran pelbagai jenama tempatan yang diformulasi khas mengikut kesesuaian kulit dan cuaca di Malaysia:

* Penjagaan Kulit & Badan: Jenama seperti Bad Lab untuk produk penjagaan lelaki, The Raw, HYGR, Tatagaltier, serta Jardin Pharma dan Dr Maryam Aziz yang mengeluarkan produk khusus untuk kulit sensitif dan ekzema.

Turut mencuri tumpuan ialah The Pastels Shop, Radikal+, Kindr di bawah kendalian Pastels Group, Joi, Kaydean, Cuura, Kayman Beauty, Bath Garden, dan Good Virtues & Co.

* Penjagaan Rambut: Haestic untuk rangkaian produk penjagaan rambut lelaki, Angry Koala yang fokus pada kesihatan kulit kepala, serta sabun syampu mesra alam daripada Siobhan.

* Kosmetik & Solekan: Pilihan popular seperti Alha Alfa, Nita Cosmetics, So.Lek, Duck Cosmetics, Breena Beauty, SilkyGirl, dan Safi.

* Minyak Wangi Tempatan: Jenama haruman pilihan ramai seperti Sugarbomb, Perfume Paradise, High Notes, Beauboss, DAFT Perfume, Avwa, Szindore, Emajie, Rirana, Harumme, Fuse Kuala Lumpur, Orris, Scenticky.Co, Scentuary, Meg Fragrance, Marina Ritual, Larome, dan Spirituscents.

Makanan, Minuman Dan Bahan Dapur

Ruangan komen turut dimeriahkan dengan senarai produk makanan dan minuman tempatan yang boleh dijadikan pilihan harian di dapur mahupun ketika bersantai:

* Makanan Ringan & Warisan: Lee Fah Mee yang merupakan jenama lejen mi dan snek dari Sarawak, Aji-Ya sebagai sup gourmet segera Halal, snek buah jambu batu kering GAR’SVA, serta kuih tradisional seperti Kari Pap Pusing NH.

Tidak ketinggalan jenama snek utama seperti Mamee Chef, Ibumie, Mister Potato, Twisties, Super Ring, Vochelle, Beryl’s Chocolate, Hup Seng, Julie’s, Munchy’s, dan Gardenia.

Seorang netizen bernama farhanaathirah_ turut berseloroh, “Daripada mi sedaap, baik pilih ibumie. serious lagi sedap dari mi sedaap tauu,” memperlihatkan sokongan padu terhadap mi tempatan.

* Minuman & Kopi: Pilihan kedai dan minuman segera seperti Zus Coffee, OldTown White Coffee, Tealive, Coolblog, Chek Hup, Aik Cheong, Kopi Tenom Sabah, Boh Tea, Power Root, Spritzer, 100PLUS, Lot100, dan minuman bersoda buah asli tempatan The Tapping Tapir.

* Bahan Masakan Dapur: Pelbagai alternatif tempatan bagi santan dan bahan masakan seperti Saji, Adabi, Ayam Brand, M&S, S&P, Koko Cuisine, dan Santan Rasa Enak. Untuk perkhidmatan katering acara, Jua’s Kitchen dari Cheras turut mempromosikan servis mereka.

Fesyen, Kasut Dan Kraf Tangan Unik

Anak tempatan turut membuktikan kebolehan dalam rekaan fesyen dan gaya hidup yang kreatif serta berdaya saing:

* Kasut & Pakaian Sukan: Pakaian larian marathon berteknologi tinggi ringan daripada The Taruntula, kasut bola sepak tempatan VERSUZ, rekaan kasut wanita Hey Talloola, serta koleksi kasut MAKA KAMIII.

* Gaya Hidup & Aksesori: Pereka Fedrick Ding dari Kuching yang menghasilkan beg dan kasut kraf tangan berasaskan gentian rotan, pereka tempatan Vessera Studio melalui jenama Seketul yang mereka gantungan kunci clicker berbentuk kuih karipap dan biskut tempatan, serta jenama fesyen ternama seperti Al-Ikhsan Sports, Ariani, Duck Scarves, Bonia, Fipper, dan Pestle & Mortar Clothing.

Barangan Rumah, Kesihatan Dan Perkhidmatan

Bukan sekadar barangan pengguna, senarai yang dikongsi turut merangkumi perkhidmatan dan produk kesihatan yang berguna untuk kehidupan seharian:

* Penjagaan Rumah & Kesihatan: Gramp’s Asia yang menawarkan produk rumah berasaskan tumbuhan hasil penyelidikan universiti tempatan, herba tradisional Halia Lempoyang Arji, perabot kayu hasil kraf tangan tempatan oleh Broqayou, serta Cubicle Toilet System.

* Penjagaan Haiwan Peliharaan: Mio Nutri yang memfokuskan kepada makanan dan snek kucing berfungsi buatan tempatan.

* Perkhidmatan & Platform: SIFUTUTOR yang menghubungkan tutor tempatan dengan peluang pekerjaan serta platform carian servis tempatan Rapat.my.

Masa Terbaik Mengangkat Potensi Anak Tempatan

Gelombang sokong barangan tempatan ini membuktikan bahawa kualiti produk keluaran Malaysia tidak kurang hebatnya berbanding jenama luar.

Melalui perkongsian terbuka di media sosial, pengguna tempatan kini mempunyai panduan yang lebih jelas untuk membuat keputusan pembelian yang bijak.

Sokongan berterusan daripada masyarakat bukan sahaja membimbing jenama tempatan untuk terus berkembang, malah memperkasakan ekonomi anak bangsa agar lebih kukuh dan berdaya saing di peringkat yang lebih tinggi.