Walaupun sudah dilaporkan kes kemalangan jiwa sebelum ini, nampaknya masih ramai di kalangan remaja berdegil untuk bawa basikal lajak secara berbahaya di jalan raya.
Baru-baru ini, tular sebuah video yang memperlihatkan sekumpulan budak sekitar belasan tahun yang mengayuh basikal dengan lajunya tanpa mengendahkan kenderaan yang lalu lalang di kawasannya.
Tanpa mendiamkan diri, si perakam lantas menangkap kumpulan pelaku tersebut dan mendenda mereka untuk naik ke ‘podium’.
Setiap pelaku diarahkan mengangkat basikal lajak masing-masing di atas benteng.
Difahamkan dia berbuat sedemikian susulan kedegilan mereka untuk mengayuh basikal lajak di kawasan jalan raya yang sibuk meskipun sudah dinasihati berulang-kali sebelum ini.
Ada yang terlepas tetapi lelaki itu bakal menjejak mereka yang terbabit bagi memberi pengajaran terhadap sikap tidak mengendahkan undang-undang jalan raya dan juga membahayakan nyawa sendiri.
Agak mengejutkan apabila dimaklumkan oleh si perakam yang banyak pemandu seperti bas dan lori pula yang perlu mengelak daripada budak-budak ini kerana berlumba antara satu sama lain dengan tahap kelajuan yang pantas di jalan raya yang sibuk.
Video yang dimuat naik oleh akaun MamatLJ di TikTok langsung menjadi perhatian apabila berjaya meraih lebih 700,000 jumlah tontonan, 31.1K likes dan juga menerima pelbagai reaksi di ruangan komentar.
@khairulnizam1881 Nak lumba ke nak fly ke bukan jalan raya besar dik Banyak kali cakap denggil ar korang. Yang terlepas tu tunggu nanti ye.. #lajaksejati #flytoroad #daklajakkantoilagi
Rata-rata netizen meluahkan rasa puas hati melihat kumpulan basikal lajak yang degil ini dikenakan denda sebagai pengajaran dan memuji lelaki yang mengambil tindakan tersebut.
Dalam pada itu, ada yang meminta penduduk setempat berkerjasama dengan pihak polis dalam membendung kegiatan perlumbaan haram oleh kumpulan basikal lajak berkenaan.
Selain meminta denda yang lebih berat dikenakan sebagai pengajaran, ada juga yang menyalahkan ibu bapa kerana membelikan basikal tersebut meskipun tahu bagaimana anak mereka bakal gunakan di kemudian hari.
Tidak salah untuk berbasikal namun sikap tidak mematuhi undang-undang jalan raya bakal mengundang kepada insiden yang tidak diingini pada suatu hari nanti.