Sebelum ini, Azri Iskandar telah berkongsi kisah percintaannya dengan Dr Azra secara terbuka dan ada desas desus mengatakan mereka sudah mengakhiri hubungan mereka.
Terbaharu, Ellie Suriaty iaitu bekas isteri kepada Azri telah berkongsi pertemuannya bersama kekasih Azri, Datuk Noora Kay di Instastory miliknya.
Baca Juga:
- ‘Saya Dituduh Gila Dan Reka Cerita’ – Azri Iskandar Serik Kongsi Kisah Percintaan Dengan Dr Azra
- ‘Baik Urus 10 Syarikat Daripada Beristeri Dua’ – Datuk Red Nasihat Para Suami Tidak Berpoligami
- Aliff Aziz Kantoi Curang Banyak Kali, Netizen Nasihat Bella Astillah Buat ‘Medical Check Up’
Dalam perkongsian itu, Ellie telah mendoakan agar urusan di antara bekas suaminya dan wanita terbabit dipermudahkan, selain memuji Dato’ Noora Kay sebagai seorang yang cantik luar dan dalam.
“Semoga Allah SWT permudahkan urusan kalian berdua. Amin Ya Rabbal ‘Alamin.
“Awak sangat cantik luar dalam sayangku Dato’ Noora Kay. Saya sangat gembira untuk Azri Iskandar.” tulis Ellie.
Selain Ellie, ahli keluarga lain turut hadir dalam pertemuan tersebut dan Dato’ Noora juga ada berkongsi pertemuan itu dalam posting di Instagramnya dengan mendoakan segala urusan mereka dipermudahkan.
“Mengeratkan ikatan kekeluargaan kami semalam. Kerana Allah Ta’ala. Sesungguhnya kami hanya bergantung hanya padaMu Yarob. Permudahkan segalanya.
“Terima kasih kepada Kak Ell dan kawan baik saya, Datuk Ayu. I love you both until Jannah Allah SWT.” tulis Dato’ Noora.
Untuk rekod, Ellie dan Azrai bercerai pada 17 Mei lalu dan hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Azrell Omar, 19 dan Nur Azreen, 14.