Sebelum ini, Datuk A. Aida telah mengeluarkan kenyataan bahawa dirinya paras rupa menjadi elemen penting untuk menjadi seorang pelakon.
Kenyataannya itu mendapat pelbagai respon daripada beberapa penggiat seni termasuk pelakon yang berbakat besar, Amerul Affendi. Susulan kenyataan A. Aida, maka Amerul mencadangkan kesemua institut pengajian awam dan swasta untuk menamatkan kesemua kursus lakonan.
Baca Juga:
- ‘Dianaktirikan’ Pawagam Tempatan, Amerul Affendi Luah Kekecewaan Waktu Tayangan Prebet Sapu Dikurangkan
- Tidak Cecah 500,000 ‘Followers’ Di Instagram, Amerul Affendi Dedah Kena ‘Reject’ Stesen TV
Jadi elok lah semua IPTA dan IPTS di seluruh Malaysia menamatkan semua kursus lakonan yang ada.. tak baik scam bakal2 pelajar yang bersungguh2 berhabis duit mencari ilmu..
Kerana bila ahli lembaga pengarah @FinasMy sudah keluar statement begini sudah tentu ramai yg ikut kan? https://t.co/UBHDJV35HS
— #BangsaManusia (@Amerul_Affendi) October 24, 2022
Menurut Amerul, jika paras rupa menjadi kriteria utama untuk bergelar pelakon, maka pelajar yang mengambil kursus lakonan dengan bersungguh-sungguh seakan di scam kerana berhabis duit demi menuntut ilmu.
Perkongsian pendapat Amerul itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dan rata-rata netizen bersetuju dengan kenyataannya. Malah, ada juga netizen mengatakan tidak guna belajar bidang tersebut jika rupa paras menjadi keutamaan.
Producer/director skrng susah dah, pilih kasih.
Bukan based skill tapi based on muka. Kalau muka kau tenuk tapi skill bagus jadi extra jelah mcm ni. https://t.co/Tuym0K4JG5
— Mir (@AmirImrxn) October 24, 2022
Aswara pun tutup je lah macam tu. Penat & buang duit me as parent hantar anak belajar kat sini kalau rupa paras jadi ukuran 😤😤😤
— Liya M Olwi (@liya2212) October 24, 2022
https://twitter.com/MrFluidHead/status/1584395392921194496
setuju. bkn nak dengki dgn rezeki. mende ni dah jd dr zmn penyampai radio dlu lagi. org yg btol2 study psl mass comm dan dunia penyiaran tibe2 xde job sbb pelawak2 dah amik tmpt dorg. skrg influencer dan ntah sape2 yg de rupa amik tmpt pelakon. semua sbb nak kejar rating.
— Nur Mukhlis Noordin (@qis_mukhlis) October 24, 2022
Akan tetapi, ada juga netizen mengatakan bahawa inilah realitinya apabila penonton juga suka melihat pelakon yang memiliki rupa paras untuk menjadi watak utama.
Untuk rekod, Amerul Affendi juga pernah mendakwa dirinya ditolak stesen TV kerana jumlah ‘follower’ di Instagram tidak mencecah 50,000 pengikut.