Pada Sabtu lalu, anak kepada penerbit A. Aida dan penyanyi Ameng iaitu Wan Az Aleesa selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihan hati, Zain Azrai Abdul Aziz.

Dalam majlis tersebut yang diadakan di Kasturi D Manggis, Janda Baik, Pahang itu, mereka melakukan upacara simbolik pelepasan 50 ekor burung merpati selepas majlis selesai.

Baca Juga:

Susulan itu, A. Aida telah berkongsi sebuah video di TikTok miliknya yang memaparkan burung merpati yang dilepaskan oleh mereka tidak mahu terbang jauh dan masih lagi berkeliaran di sekitar resort miliknya.

@dato.a.aida

@Dmanggis Janda Baik #aaida

♬ original sound – a.aida – a.aida

Lantaran itu, resort milik A. Aida itu dipenuhi najis burung dan dia berasa sangat menyesal kerana melepaskan burung tersebut sebagai simbolik.

“Mulanya saya minta seratus ekor, tapi penjual kata ada 50 saja, Nasib baik sebenarnya. Saya tak boleh bayang kalau ada seratus ekor tinggal di atas bumbung resort saya sekarang ini,” katanya.

Sementara itu, A. Aida memaklumkan dia sedang berusaha untuk menangkap burung-burung berkenaan untuk dilepaskan di tempat lain.