Akibat dah meluat dengan terlalu banyak agenda woke dan pelangi, Elon Musk telah menggesa 227 juta pengikutnya di media sosial supaya membatalkan langganan Netflix.
Elon Musk menuduh platform penstriman itu mempromosikan apa yang beliau sifatkan sebagai propaganda transjantina.
Dalam kempen terbaharu “perang budaya” beliau, jutawan Tesla itu menyertai trend yang dilancarkan akaun konservatif Libs of TikTok, yang merujuk kepada siri animasi Dead End: Paranormal Park – telah dijadikan alasan kenapa platform itu menurut Musk wajib diboikot.
“Batalkan Netflix,” tulis Musk dalam satu hantaran di X, platform yang dimilikinya, dengan memetik hantaran daripada Libs of TikTok.
Hantaran itu berkongsi tangkap layar laporan syarikat Netflix yang menyatakan peningkatan jumlah pengarah bukan berkulit putih dan pelakon utama dalam programnya.
Dalam satu lagi hantaran mengenai isu tersebut, Musk menggesa pengikutnya untuk “Batalkan Netflix demi kesihatan anak-anak anda.”
Cancel Netflix for the health of your kids https://t.co/uPcGiURaCp
— Elon Musk (@elonmusk) October 1, 2025
Musk, individu terkaya di dunia, mempunyai isu peribadi dengan isu transjantina. Ini apabila anak sulungnya, Vivian Jenna Wilson, secara terbuka melakukan peralihan jantina pada 2022 dan secara sah menukar nama serta identiti gendernya.
🇺🇸‼️ | Elon Musk: "Cancela Netflix por la salud de tus hijos". La plataforma está siendo fuertemente criticada por la difusión de contenido woke (como una boda gay), en materiales destinados a los niños. pic.twitter.com/rINbq3Zrd2
— UHN Plus (@UHN_Plus) October 1, 2025
Musk mendakwa anaknya telah “dibunuh” oleh “virus minda woke” yang ditanam di sebuah sekolah elit di California.
Kempen boikot Netflix oleh Elon Musk ini menarik perhatian ramai pihak. Malah ramai pengikutnya yang setuju dan membatalkan langganan mereka.
This goes way beyond cancelling Netflix
This is you fighting back and taking a stand
This is you saying this is what happens when you come after my kids
This is what you get when you force this insanity on us
This is you declaring, I'm done with the crap
Enough is enough
Go… pic.twitter.com/wBAfYdV7S6
— X Freeze (@amXFreeze) October 1, 2025
Ini kerana menurut mereka, agenda woke dan pelangi terlalu kuat pada ketika ini.
Menurut laporan, jutaan pengikut Elon Musk sudah membatalkan langganan Netflix mereka. Tanda menyokong usaha Elon Musk menentang polisi Netflix yang dianggap merosakkan minda anak anak kecil.