Elon Musk pada ketika ini sedang bergelut bersama syarikat terkemuka kerana tidak mahu membuat iklan di platform Twitter. Hal ini sekaligus menjejaskan pendapatan Twitter sehingga 90%.
Menerusi ciapan terbaharu Elon Musk, beliau kini mengeluarkan dakwaan bahawa Apple ingin membuang aplikasi Twitter dari App Store. Malah, dikatakan Apple enggan memberikan sebab mengapa ingin berbuat sedemikian.
Baca Juga:
- Elon Musk Bakal Perkenalkan Telefon Pintar Sendiri Jika Twitter Dibuang Daripada Android Dan iOS
- Tanggung Rugi RM19 Juta Sehari, Elon Musk Pecat 3,700 Pekerja Twitter Tanpa Notis
Apple has also threatened to withhold Twitter from its App Store, but won’t tell us why
— Elon Musk (@elonmusk) November 28, 2022
Apple sebelum ini pernah meminta Twitter melakukan moderasi kandungan selepas ia diambil alih oleh Elon Musk pada awal bulan ini. Ini selari dengan permintaan Apple sebelum ini yang menarik aplikasi Tumblr dari App Store kerana kerisauan kandungan berunsur lucah yang boleh diakses mudah tanpa tapisan.
Malah, pasukan menapis kandungan sensitif di Twitter juga antara yang dibuang. Dilaporkan tinggal hanya seorang kakitangan yang ditugaskan membuang kandungan lucah dan penderaan kanak-kanak.
Kita sedia maklum Apple sangat menitik beratkan tentang kandungan yang ditawarkan kepada penggunanya. Sebarang kandungan yang melanggar terma dan syarat berpotensi untuk dibuang daripada platform mereka.