Sejak Elon Musk membeli syarikat Twitter, platform ini seolah tidak sunyi dengan kejutan serta perubahan terbaru. Memilih untuk memecat CEO terdahulu bersama ribuan pekerja antara perkara terawal yang dilakukan beliau.

Elon Musk seterusnya turut memperkenalkan Twitter Blue serta sokongan sehingga 4,000 aksara dalam satu tweet antara perubahan yang dapat dilihat.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Dalam pada itu, Elon Musk menerusi temu bual terbaru bersama BBC sekali lagi membuat kejutan selepas melantik anjing beliau sendiri sebagai CEO Twitter.

“Saya tidak akan melepaskan Twitter. Saya bukanlah CEO Twitter sebaliknya anjing saya merupakan CEO kepada Twitter”

Sumber: The hindu business line

Dinamakan sebagai Floki daripada baka Shiba Inu, keputusan yang dibuat Elon Musk untuk memberi mandat kepada anjing bagi memegang antara jawatan paling penting dalam syarikat jelas mengejutkan pelbagai pihak.

Sementara itu, Elon Musk turut memaklumkan Twitter kini sedang berdepan masalah pengaliran wang yang negatif di mana mereka sekadar berpeluang untuk terus beroperasi selama empat bulan sahaja.

Sumber