Bergelar manusia yang penuh dengan inovasi dan idea serta tersenarai dalam kumpulan manusia terkaya dunia, Elon Musk baru-baru ini mengumumkan bakal membuka universiti beliau sendiri di Austin, Texas.

Disalurkan menerusi yayasan The Foundation, Elon Musk sedia memberikan dana sebanyak $100 juta (~RM466.36 juta) dalam membangunkan sekolah rendah dan menengah memfokuskan kepada pengajian STEM.

Sumber: CNN

Bukan itu sahaja, Elon Musk turut merancangan untuk meluaskan pusat pengajian tersebut ke peringkat universiti. Universiti yang dirancang bakal menawarkan pengajian melibatkan kurikulum, pengalaman pembelajaran berbentuk simulasi atau praktikal, projek rekaan, makmal dan lain-lain lagi.

Mengetahui Elon Musk merupakan seorang yang penuh dengan inovasi, tidak mustahil pusat pengajian yang mahu dibuka bakal menjemput para pelajar dari serata tempat untuk menyertainya.

Sumber