Disaat orang ramai buntu dalam mencari penyelesaian dalam membantu kanak-kanak yang terperangkap di dalam Gua Tham Luang, Elon Musk sedia membantu dalam menawarkan kepakarannya melalui syarikat The Boring Company.

Di dalam sebuah bebenang Twitter Elon Musk turut menyatakan The Boring Company berpeluang menawarkan radar berteknologi tinggi dalam misi menyelamatkan kanak-kanak yang terperangkap. Masalah melibatkan elektrik juga dapat diselesaikan melalui ciptaan Powerpacks keluaran syarikatnya. Berikut merupakan bagaimana semuanya bermula.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Difahamkan setakat ini bantuan daripada The Boring Company dan Space X telahpun tiba pada 7 Julai. Pasukannya telah berjaya membina sebuah kapal selam mini yang untuk memindahkan mangsa yang terperangkap.

36765637_2258381870844716_7618015082399662080_o
Bayangan misi menyelamat daripada pasukan Elon Musk

Meskipun laluan utama gua sangat kecil, Elon Musk menyatakan pasukannya sudahpun menyiapkan tiub pemindahan oksigen daripada roket Falcon bagi membolehkan kapal selam mini melaluinya. Anda boleh ikuti perkembangan lanjut dengan mengikuti laman Twitter rasmi Elon Musk.