Umum tahu Elon Musk seringkali hadir dengan idea yang luar biasa dan ‘gila’ bagi sesetengah orang. Berjaya membangunkan Tesla dan Space X sekaligus berjaya membuatkan orang ramai kagum dengan keupayaan beliau.
Terbaharu, Elon Musk selaku graduan daripada University of Pennsylvania memuat naik sebuah tweet di Twitter dalam usaha mencari pekerja Tesla bagi bahagian artificial intelligence atau lebih dikenali sebagai AI dimana mereka yang berminat boleh terus berurusan dengan beliau melalui perjumpaan atau emel.

Penerangan beliau mengenai projek AI daripada Tesla berjaya menarik perhatian ramai apabila terdapat seorang netizen yang bertanyakan mengenai kelayakan pendidikan kepada beliau dimana jawapan balas daripada Elon Musk berjaya membuatkan para netizen terkejut dan teruja.
Menurut Elon Musk, beliau tidak kisah sekiranya seseorang individu tidak mempunyai sebarang kelayakan PhD atau tidak menamatkan persekolahan asalkan mempunyai kefahaman yang tinggi mengenai AI dan neural network (NN).
A PhD is definitely not required. All that matters is a deep understanding of AI & ability to implement NNs in a way that is actually useful (latter point is what’s truly hard). Don’t care if you even graduated high school.
— Elon Musk (@elonmusk) February 2, 2020
Our NN is initially in Python for rapid iteration, then converted to C++/C/raw metal driver code for speed (important!). Also, tons of C++/C engineers needed for vehicle control & entire rest of car. Educational background is irrelevant, but all must pass hardcore coding test.
— Elon Musk (@elonmusk) February 3, 2020
Selain itu beliau juga turut menekankan kepetingan penguasaan C++,C serta beberapa bahasa pengaturcaraan yang sangat diperlukan untuk membangunkan sebuah kereta pandu sendiri bagi mencapai misi Tesla.
Pendirian beliau mengenai status kelulusan pendidikan mulai diulas sejak dari 2014 lagi dimana beliau berpendapat penguasan skil lebih diutamakan berbanding memiliki ijazah. Kenyataan seperti yang disebutkan Elon Musk juga nampaknya sudah mulai diaplikasikan di beberapa syarikat besar ketika ini.
Elon Musk yang kerap tampil dengan gimik terbaru sekali lagi membuatkan orang ramai terkejut dengan aksi beliau sempena pembukaan kilang Tesla di China.
Elon Musk Tampil Dengan ‘Gimik’ Terbaru Sempena Perasmian Kilang Tesla Di China
Elon Musk Terkejut Cermin Trak Kalis Peluru Retak Semasa Pelancaran