Pemain naturalisasi negara, Endrick Dos Santos tampil cemerlang pada aksi sulungnya bersama kelab Vietnam iaitu Ho Chi Minh City dimana beliau menjaringkan gol dalam aksi pra musim baru-baru ini.
Endrick diturunkan buat kali pertama bersama kelab itu selepas menyertai mereka secara pinjaman dari Johor Darul Ta’zim (JDT) sehingga hujung saingan musim 2024/2025.
Baca Juga:
- Endrick: Liga Vietnam Lebih Sukar Berbanding Liga Malaysia
- Endrick Dos Santos Dipinjamkan Ke Kelab Vietnam
- Piala Asia 2023: Endrick Dos Santos Mungkin Tidak Turun Beraksi
Dalam aksi pra musim menentang Binh Dinh, Endrick menjaringkan dua gol pada separuh masa pertama dan kedua sekaligus membantu kelab beliau meraih kemenangan.
🇲🇾 Endrick Dos Santos, a forward Malaysia's national team made their debut with 2 goals with Ho Chi Minh City in a Pre-Season match vs Binh Dinh FC
🎥 : Ho Chi Minh City FC#TPHCM #EndrickDosSantos#SNESports pic.twitter.com/kRiilM3vCC
— SNEsports (@SNE_Sports) August 26, 2024
Selain menjaringkan dua gol, Endrick turut dilantik sebagai ketua pasukan pada perlawanan tersebut sekaligus menunjukkan beliau bakal menggalas tugas besar bersama Ho Chi Minh City musim ini.

Sebelum ini, Endrick Dos Santos menegaskan saingan Liga Vietnam lebih sukar berbanding Liga Malaysia selepas diperkenalkan sebagai pemain import baharu Ho Chi Minh City musim ini.
Endrick melihat pengembaraan beliau ke Vietnam sebagai satu peluang untuk mencabar diri dan membantu kelab barunya memenangi kejuaraan.
“Saya mengambil kesempatan menonton persembahan pasukan di YouTube. Musim lalu, Ho Chi Minh City bermain dengan baik dan saya berharap tahun ini pasukan akan terus kekal cemerlang untuk meraih lebih banyak kejuaraan.
“Terdapat ramai rakan yang tahu tentang bola sepak Vietnam, jadi saya mengambil kesempatan untuk bertanya dengan mereka. V-League liga yang lebih sukar berbanding (Liga Super) Malaysia tetapi (Liga Super) Malaysia semakin berkembang dan semakin kuat.
“Begitu juga dengan pasukan Malaysia. Sekiranya saya berpeluang bersaing dengan pasukan Vietnam, ini akan menjadi cabaran besar bagi saya dan pasukan saya,” katanya.
Selain Endrick, JDT turut meminjamkan seorang lagi pemain iaitu Fergus Tierney yang menyertai kelab divisyen dua Thailand, Chonburi FC.
Endrick menjadi pemain pertama dari Malaysia beraksi di Liga Vietnam dan mengisi kuota pemain import Asia.
Ho Chi Minh City merupakan juara Liga Vietnam sebanyak 5 kali dan pernah beraksi dalam saingan AFC Champions League (ACL) pada musim 2020.