Menurut laporan Indian Times, seorang pengemis bernama Bharat Jain dinobatkan pengemis terkaya di dunia.

Bharat, yang tidak mendapat pendidikan secara rasmi kerana miskin, mempunyai keluarga yang merangkumi isteri, dua anak lelaki, seorang abang, dan bapanya.

Beliau yang mengemis di Mumbai dilaporkan mempunyai nilai bersih sebanyak Rs 7.5 crores (RM4,237,009). Manakala anaknya pula mendapat peluang pendidikan dan berjaya menamatkan persekolahan mereka.

Bharat memperoleh Rs 60,000-75,000 (RM3,390 to RM4,237) sebulan dengan mengemis, beliau memiliki rumah dua bilik di Mumbai bernilai Rs 1.2 crore, dan juga menyewa dua kedainya di Thane dengan sewa Rs 30,000 sebulan.

Walaupun direkodkan sebagai antara orang yang kaya, Bharat masih meneruskan pekerjaannya sebagai pengemis di Chhatrapati Shivaji Terminus atau Azad Maidan di ibu kota Mumbai.

Sepanjang mengemis, Bharat berjaya memperoleh Rs 2,000-2,500 (RM113 to RM141) sehari dalam masa 10 hingga 12 jam.

Dia pernah dinasihatkan untuk berhenti mengemis, tetapi Bharat tidak pernah mengendahkan nasihat ini dan meneruskan kerjayanya sebagai pengemis.