Tular satu rakaman dashcam sebuah Mercedes-Benz A180 bernombor pendaftaran Singapura enggan beri laluan kepada van ambulans yang dalam kecemasan.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Raub Selamat meminta pihak yang mempunyai maklumat berhubung insiden sebuah kenderaan bernombor pendaftaran Singapura yang didakwa tidak memberi laluan kepada ambulans, tampil menyalurkan maklumat, lapor Harian Metro.
Baca Juga:
- Selamba Memotong Secara Berbahaya, Aksi Konvoi Ferrari Singapura Undang Kritikan
- CCTV Rakam Pemandu BMW Singapura Sengaja Buang Air Kecil Di Tempat Terbuka
- Pak Cik Shell Kecewa Lihat Pemilik Van EV Singapura ‘Curi’ Elektrik Di Stesen Pengecas Pantas
“Belum ada individu yang membuat laporan polis lagi. Sesiapa yang mempunyai maklumat boleh tampil supaya siasatan dapat dijalankan,” terang Raub Selamat.
Kejadian dipercayai berlaku pada jam 4.37 petang kelmarin, di bandar raya ini menuju ke Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di sini.
https://twitter.com/anthraxxx781/status/1600445107466956800?s=46&t=8rRVC9nxqDAiBUPHcktf3A
Ambulans sebuah pusat perubatan swasta itu dilihat ada membuka lampu siren dan lampu isyarat ke kanan untuk memasuki laluan, bagaimanapun kenderaan bernombor pendaftaran Singapura itu tetap bergerak ke hadapan merapati kenderaan di hadapannya.
Kenderaan itu kemudian menekan brek dan tidak langsung berganjak walaupun pemandu ambulans sudah mengangkat tangan meminta laluan.
Pada masa sama, Raub menasihati pengguna jalan raya supaya sentiasa mematuhi peraturan jalan raya yang ditetapkan termasuk memberi laluan kepada pihak berkuasa yang menjalankan tugas kecemasan seperti ambulans, bomba atau polis.
Katanya, perbuatan tidak memberi laluan kepada ambulans boleh menyebabkan siasatan dibuat mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.
*Ikuti Facebook dan Instagram VOCKET CAR CLUB untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.