Tokoh perniagaan terkenal negara ini, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary telah mengeluarkan satu kenyataan media ringkas seperti berikut:
“Sebagai ahli perniagaan yang berkecimpung lebih 40 tahun dalam dunia perniagaan di Malaysia, saya berharap tidak ada mana-mana pihak mengaitkan diri saya dengan mana-mana parti politik atau sebarang pertubuhan yang membawa maksud sama,” petik laporan Berita Harian.
Baca Juga:
- Syarikat EV Milik Tan Sri Syed Mokhtar Bakal Disenaraikan Di NASDAQ, Nilai Gabungan RM23 Bilion
- Perdana Menteri Sangkal Dakwaan Mahu Musnahkan Empayar Syed Mokhtar Al-Bukhary
- Syed Mokhtar Beli Saham Media Prima 11.09% Bernilai RM73.81 Juta
Untuk pengetahuan, beliau merupakan seorang ahli perniagaan yang disegani atas kerja-kerja kebajikan yang dilakukan menerusi hasil keuntungan pelbagai jenis perniagaan yang dijalankan beliau.
Tan Sri Syed Mokhtar berada di tangga ke-15 dalam senarai ’50 orang terkaya di Malaysia tahun 2022′. Mengikut laporan Forbes, beliau mempunyai nilai aset sekitar $1.31 bilion.