Tokoh perniagaan terkenal negara ini, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary telah mengeluarkan satu kenyataan media ringkas seperti berikut:
“Sebagai ahli perniagaan yang berkecimpung lebih 40 tahun dalam dunia perniagaan di Malaysia, saya berharap tidak ada mana-mana pihak mengaitkan diri saya dengan mana-mana parti politik atau sebarang pertubuhan yang membawa maksud sama,” petik laporan Berita Harian.
Baca Juga:
- Ini Rahsia Bangsa Cina Simpan Duit Yang Semua Orang Boleh Ikut
- Penat ‘Mengemis’ Hutang? Ini Cara Mudah Mengutipnya Dengan Aplikasi MAE
- Gaji Cukup-Cukup Makan? Ini 5 Idea Untuk Anda Cari Duit Tepi
Untuk pengetahuan, beliau merupakan seorang ahli perniagaan yang disegani atas kerja-kerja kebajikan yang dilakukan menerusi hasil keuntungan pelbagai jenis perniagaan yang dijalankan beliau.
Tan Sri Syed Mokhtar berada di tangga ke-15 dalam senarai ’50 orang terkaya di Malaysia tahun 2022′. Mengikut laporan Forbes, beliau mempunyai nilai aset sekitar $1.31 bilion.