Dunia digital makin rancak dan kini REV Media Group serta Remix bersatu tenaga untuk mencipta revolusi pemasaran affiliate di Malaysia! Untuk pengetahuan anda, Remix adalah sebahagian daripada kumpulan syarikat Involve Asia.

Menerusi gabungan capaian digital power dari REV Media Group dan kepakaran Remix dalam menguruskan program affiliate, kolaborasi ini sememangnya game changer untuk jenama yang berminat untuk boost ‘engagement’, naikkan jualan dan meletupkan pemasaran dengan cara yang efektif.

REV Affiliate+: ‘Lombong emas’ baharu untuk jenama dan perniagaan!

REV Affiliate

Mesti ramai tidak sedar, industri pemasaran affiliate ini sudah mencecah nilai $20 bilion (~RM88.22 bilion) dan semakin berkembang. Walau bagaimanapun, tahukah anda banyak jenama di Malaysia belum betul-betul manfaatkan teknik ni.

Oleh itu, REV Media Group dan Remix hadir dengan solusi yang senang, lengkap dan efisien menerusi rekrut affiliate, pantau prestasi, sampailah ke strategi pertumbuhan, semuanya dalam satu ekosistem power!

REV Media Group memperkenalkan REV Affiliate+, platform khas untuk bantu jenama dan perniagaan kembangkan pemasaran mereka.

Menerusi strategi pembelian media dan akses kepada rangkaian affiliate luas dari Remix, pelanggan berpeluang tarik trafik berkualiti tinggi, tingkatkan jualan dan pastikan pulangan masyuk.

Dengan REV Affiliate+, pelanggan berpeluang untuk memperluaskan jangkauan mereka melalui rangkaian penerbit yang kukuh, memastikan strategi pemasaran lebih sistematik dan berkesan serta menggunakan analisis data yang mantap untuk menjana pertumbuhan perniagaan yang lebih kukuh.

Semua ini membolehkan jenama mengoptimumkan kempen pemasaran mereka dengan lebih efisien dan berkesan. Remix pula akan uruskan aktivasi dan pengurusan program affiliate, jadi tak perlu lagi pening kepala! Dari strategi komisen hingga memastikan affiliate setia, semuanya dijaga rapi supaya setiap kempen. Menarik bukan?

Bisnes anda berpeluang tembus platform media besar!

REV Affiliate

Lebih menarik, REV Media Group akan boost usaha ni dengan kelebihan mereka seperti:

1. Inventori iklan paparan dan video untuk tarik lebih banyak audiens.

2. Kandungan viral dan exposure media sosial untuk capai lebih ramai pengguna.

3. Kempen khas pemasaran affiliate yang tailored ikut target audience.

Inisiatif ini melibatkan penerbit terkemuka di bawah REV Media Group seperti SAYS, OhBulan!, Viralcham, New Straits Times, Berita Harian, Harian Metro dan banyak lagi.

Masa depan pemasaran affiliate dah bermula!

REV Affiliate

Kolaborasi REV Media Group dan Remix bukan biasa-biasa, sebabnya mereka telah meletakkan sebuah standard baharu untuk pemasaran affiliate di Malaysia.

Menerusi pendekatan inovatif ni, pelanggan boleh pukau audiens, tingkatkan jualan dan rancang strategi pemasaran jangka panjang yang solid!

“Pemasaran affiliate ni sebenarnya sebuah lubuk emas yang ramai belum explore sepenuhnya. Dengan gabungan capaian media luas dan kepakaran Remix, kami sediakan ekosistem lengkap untuk jenama yang nak grow dengan pantas!”

Nicholas Sagau, Ketua Pegawai Operasi REV Media Group

“Kolaborasi ni bukti komitmen kami untuk hasil yang lebih measurable dan impactful. Bersama, REV Media Group dan Remix bakal bawa jenama ke next level!”

Chris Wee, Ketua Pegawai Digital REV Media Group

“Dengan reach luar biasa dari REV Media Group dan kepakaran kami dalam pengurusan program affiliate, kami cipta solusi power untuk maksimumkan keuntungan dan growth pelanggan!”

René Menezes, Pengarah Eksekutif Remix & Presiden Involve Asia

Jangan tunggu lama, masa untuk luaskan pasaran anda bermula sekarang!

Kalau nak join REV Affiliate+, inilah masanya! Dengan REV Media Group dan Remix, perniagaan anda mencapai level lain macam tanpa perlu berbelanja kos pengiklanan yang tinggi. Jom sertai revolusi pemasaran affiliate dan naikkan bisnes ke tahap seterusnya!