Era FAM dikompaun RM250 ribu dan lesen penyiaran mereka tidak akan digantung.

Ianya berikutan kontroversi video 3 penyampai Era FM yang didakwa rasis beberapa minggu lalu.

3 penyampai radio tersebut direhatkan serta merta selepas insiden tersebut.

3 Penyampai Radio Direhatkan Serta-Merta Susulan Kontroversi

SKMM akhirnya mengeluarkan kenyataan berhubung dengan perkara tersebut selepas siasatan dibuat.

Menurut SKMM, Era FM masih boleh beroperasi seperti biasa dan lesen mereka tak akan digantung namun Era FM dikompaun oleh SKMM.

Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia, SKMM berkata: “Tiada penggantungan lesen terhadap Era FM.

“Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menerima rayuan daripada Maestra Broadcast Sdn Bhd, pengendali stesen radio Era FM, berhubung notis niat penggantungan lesen yang telah dikeluarkan kepada syarikat tersebut pada 7 Mac 2025.

“Setelah meneliti hujah-hujah rayuan tersebut, keputusan telah dibuat untuk tidak menggantung lesen Maestra Broadcast Sdn Bhd.

“Dalam membuat keputusan tersebut, pertimbangan juga telah diberikan terhadap tindakan- tindakan susulan yang telah dilaksanakan oleh syarikat pemegang lesen, permohonan maaf oleh pihak terbabit, serta kesan penggantungan terhadap stesen radio Melody dan Mix FM yang beroperasi di bawah lesen yang sama.”

Era FM Dikompaun RM250 Ribu

Namun begitu Era FM dikompaun dengan nilai agak besar kerana video tersebut.

SKMM meneruskan: “Walau bagaimanapun, Maestra Broadcast Sdn Bhd telah dikenakan kompaun sebanyak RM250,000, bagi kesalahan di bawah seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (selepas pindaan berkuat kuasa 11 Februari 2025), iaitu memuat naik kandungan jelik melampau di akaun rasmi TikTok Era FM.

“Kompaun tersebut dikeluarkan selepas menerima izin daripada Jabatan Peguam Negara.

Bukit Aman

“MCMC memandang serius sebarang tindakan memuat naik kandungan dalam talian yang boleh mengakibatkan ketegangan antara agama atau mengganggu keharmonian masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

“Semua pengendali dan pengguna platform diingatkan untuk sentiasa bertanggungjawab dalam memelihara keharmonian kaum dan agama di Malaysia serta mematuhi undang- undang negara.”