Ketua Umum Persatuan Bola Sepak Seluruh Indonesia (PSSI), Erick Thohir mengambil langkah untuk membersihkan badan itu dengan membuang pegawai yang dianggap tidak kompeten.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, Erick menjelaska seramai 43 pegawai yang diberhentikan kerja adalah sebahagian daripada langkah untuk membersihkan badan itu.
Baca Juga:
- Mats Deijl Pastikan Tiada Keturunan Indonesia, Hanya Malaysia
- Rakyat Indonesia Bengang Menantu Jokowi Sewa Jet Peribadi RM35,000
- Indonesia Isytihar Darurat? Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu
“Semasa saya terpilih, saya ingin memperbaiki bola sepak Indonesia. Ini merupakan amanah yang diberikan oleh rakyat dan pemegang saham kepada saya. Mereka mahu bola sepak yang bersih dan berprestasi,” katanya.
Menurut Erick Thohir, tahun pertama beliau telah membersihkan pasukan kebangsaan dan juga Liga 1 dimana tiada lagi kes menjual perlawanan atau mengatur perlawanan dalam saingan divisyen pertama itu.
“PSSI adalah jantung kepada bola sepak Indonesia. Kerana itu saya berusaha untuk terus memperbaiki badan ini. PSSI harus bersikap terbuka.
“Mengenai pegawai yang dilepaskan, kita bukan mengambil langkah yang terburu-buru, kita telah melakukan penilaian dengan bertemu setiap seorang daripada mereka,” tambahnya.
Sejak di bawah naungan Erick, bola sepak Indonesia telah menampilkan prestasi yang memberangsangkan terutama pasukan kebangsaan di peringkat antarabangsa.
Ketika temasya Piala Asia 2023, skuad Garuda berjaya mara ke peringkat 16 pasukan terakhir dimana mereka tewas dengan keputusan 4-0 kepada Australia.
Dalam saingan AFC B-23 Tahun yang berlangsung di Qatar, Indonesia mara sehingga ke peringkat separuh akhir dan menamatkan saingan di tangga keempat sekaligus beraksi di play-off bagi temasya Sukan Olimpik 2024.
Akan tetapi, Indonesia tewas kepada Guinea sekaligus gagal untuk mara ke temasya Sukan Olimpik 2024.
Indonesia turut menjadi satu-satunya negara dari rantau Asia Tenggara yang berjaya mara ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026.