Erik ten Hag mengakui beliau terkejut selepas dipecat oleh Bayer Leverkusen hanya selepas dua perlawanan Bundesliga.

Leverkusen seri dalam perlawanan terakhir dan mereka tewas pada aksi pembukaan Bundesliga musim ini ketika menentang Hoffenheim.

Baca Juga:

Sebelum itu, ten Hag membimbing pasukannya menewaskan Sonnenhof Grossaspach 4-0 dalam pusingan pertama DFB-Pokal.

Erik ten Hag
ten Hag

Erik ten Hag Tuduh Leverkusen Tidak Percaya Kepadanya

Erik kemudiannya menuduh kelab itu tidak meletakkan sepenuh kepercayaan terhadap pengurus pasukan.

“Saya terkejut dengan perkara ini. Memecat pengurus selepas dua perlawanan liga adalah sesuatu yang tidak pernah berlaku.

“Musim panas ini, ramai pemain utama meninggalkan kelab, dan membina semula memerlukan jangka masa yang panjang dan memerlukan kepercayaan.

“Pengurus baharu berhak mendapat ruang untuk melaksanakan visinya, menetapkan piawaian, membentuk skuad.

Erik ten Hag
ten Hag

“Saya memulakan tugas ini dengan penuh keyakinan dan tenaga, tetapi malangnya pihak pengurusan tidak memberikan saya masa dan kepercayaan.

“Saya rasa ini bukan hubungan berdasarkan kepercayaan bersama.

“Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada penyokong Bayer Leverkusen,” kata Erik ten Hag.