Anda pasti sering melihat atau sudah terbiasa untuk berdiri di sebelah kiri eskalator dan membiarkan sebelah kanan kosong agar memberikan laluan kepada orang lain melaluinya? Berikutan itu, keadaan sering sesak ketika menaiki eskalator.
Sudah bertahun-tahun rakyat Malaysia diajar untuk melakukan perkara tersebut dan kini rata-rata rakyat Malaysia sudah terbiasa dengan etika tersebut. Akan tetapi, sebenarnya ia boleh membahayakan diri anda.
Difahamkan, East Japan Railway Co telah melancarkan kempen agar pengguna tidak lagi berjalan apabila menggunakan eskalator pada Disember 2018. Malah, papan tanda telah diletakkan di stesen kereta api Tokyo dan pengumuman turut telah dilakukan agar pengguna berdiri di kedua-dua belah eskalator.
Untuk pengetahuan anda, terdapat banyak kes kemalangan yang disebabkan berjalan di eskalator dan mengundang kecederaan atau kematian. Justeru itu, Persatuan Eskalator Jepun telah nyatakan beberapa sebab kenapa berjalan di eskalator tidak digalakkkan.
Bukan sahaja Jepun telah mula mengubah cara untuk menaiki eskalator, kini beberapa bandar seperti Hong Kong, London dan Washington D.C turut giat melancarkan kempen dan cuba mengubah kebiasaan pengguna menggunakan eskalator.
Apabila pengguna menggunakan kedua-dua ruang, eskalator akan lebih stabil dan risiko kemalangan akan berkurangan. Adakah Malaysia akan mula mengikuti peraturan baru untuk menaiki eskalator?
Sebenarnya pelbagai kemalangan pernah terjadi di eskalator dan pastinya ramai yang berhati-hati apabila menggunakannya. Di bawah ini kami kongsikan artikel berkaitan eskalator.
Ini Cara Rakyat China Menggunakan Eskalator Selepas Tragedi Ngeri Seorang Ibu