Sepanyol cemerlang mengharungi aksi pembukaan Kumpulan B kempen Euro 2024 selepas berjaya menundukkan Croatia 3-0 pada perlawanan yang berlangsung Olympiastadion, Berlin sebentar tadi.

Fabian Ruiz dan Lamine Yamal jelas mencuri tumpuan selepas tonggak tengah Paris Saint-Germain itu mencipta satu gol dan satu bantuan jaringan manakala Yamal pula menjadi pemain termuda dalam sejarah penganjuran Euro iaitu beraksi pada usia 16 tahun 338 hari.

HYPE
Wayout Solution Cipta Sejarah Rangkul Anugerah Company Of The Year
Baca lagi →

Baca Juga:

Malah, beliau turut mempamerkan ketenangannya ketika beraksi dengan satu bantuan jaringan dicipta.

Kem Sepanyol melonjak kegembiraan pada minit ke-29 selepas umpanan cantik Ruiz terus mencari Alvaro Morata yang melepasi perangkap ofsaid lalu menewaskan penjaga gol Croatia, Dominik Livakovic.

Skuad La Roja terus garang berselang tiga minit kemudian apabila Ruiz melepasi kawalan tiga pemain pertahanan dan melepaskan rembatan melepasi celah kaki Josip Sutalo untuk menjadikan kedudukaj 2-0.

Tersentak dengan dua gol pantas itu, Croatia mengintai peluang untuk mengurangkan defisit jaringan tetapi percubaan ‘placing’ Marcelo Brozovic pada minit ke-33 dinafikan ketangkasan Unai Simon di gawangnya.

Umpanan lintang Josko Gvardiol ketika Simon sudah pun tertewas dalam usahanya untuk mematahkan hantaran itu gagal ditolak Ante Budimir pada minit ke-41.

Ketika pemain kedua-dua pasukan sudah berkira-kira untuk melangkah ke bilik persalinan, Dani Carvajal yang tidak dikawal pertahanan dengan tenang menguis masuk bola hasil hantaran Yamal.

Croatia yang dibimbing Zlatko Dalic terlepas peluang untuk mendapatkan jaringan pada lewat permainan selepas jaringan Bruno Petkovic dibatalkan kerana Ivan Perisic berada dalam kedudukan ofsaid ketika melakukan hantaran lintang.

Keputusan 3-0 itu kekal hingga tamat permainan untuk menghadiahkan tiga mata penuh buat Sepanyol.