Pengurus skuad kebangsaan Portugal, Roberto Martinez berpendapat bahawa Cristiano Ronaldo masih mampu memainkan peranan penting buat pasukannya dalam saingan Euro 2024 nanti.
Sudah berusia 39 tahun, Ronaldo akan beraksi ada kejohanan antarabangsa utama buat kali ke-11 sejak membuat penampilan pertama bersama Portugal pada 2003.
Baca Juga:
- Cristiano Ronaldo Pecah Rekod Gol Terbanyak Semusim Saudi Pro League
- Euro 2024: Berusia 39 Tahun, Ronaldo Masih Dipanggil Perkuat Portugal
- Ini Jumlah Diterima Cristiano Ronaldo Bagi Setiap ‘Sponsored Post’ Di Instagram Peribadinya
Beliau membuat 206 penampilan bersama Portugal dan menjaringkan 128 gol serta mencipta 46 bantuan jaringan.
Jumlah yang pastinya akan berubah ketika Martinez meletakkan kepercayaan penuh buat Ronaldo dalam kempen Euro 2024 di Jerman nanti.
Tambahan pula beliau cemerlang di Arab Saudi dengan meledakkan 35 jaringan buat Al-Nassr pada musim ini yang sekali gus menjadikannya sebagai penjaring terbanyak kempen liga.
Beliau melihat prestasi ditampilkan Ronaldo walaupun beraksi di Saudi League Pro dan berusia 39 tahun sebagai alasannya menyenaraikan pemenang lima kali Ballon d’Or itu.
“Kami tidak membuat pilihan berdasarkan tempat dimana manaq mereka bermain. Bagi Cristiano Ronaldo, saya rasa lebih baik bercakap mengenai statistik,” ujar Martinez menurut sumber laporan Goal.
“Pemain yang menjaringkan 42 gol dalam 41 perlawanan untuk kelabnya menunjukkan konsistenti beliau, keupayaan fizikal untuk sentiasa cergas dan berkualiti di hadapan gol yang kita sangat suka dan perlukannya.”
“Kami mahu mencipta pasukan terbaik dan memanggil 26 pemain yang membentuk pasukan terbaik. Kami memantau prestasi individu pemain dan peranan yang mereka ada di bilik persalinan.”
Dalam kempen Euro 2024, Portugal diletakkan dalam kumpulan F bersama-sama Republik Czech, Georgia dan Turkiye.