Sepanyol cipta kejutan apabila menyingkirkan tuan rumah, Jerman 2-1 dalam perlawanan yang cukup dramatik. Ini adalah pertembungan antara dua negara yang paling berjaya dalam kejohanan Euro 2024.
Perlawanan mencecah sehingga minit ke-119 dan seakan bakal berakhir dengan penentuan penalti sebelum pemain gantian Mikel Merino tampil untuk menanduk gol kemenangan Sepanyol hasil hantaran Dani Olmo dan menghancurkan hati penyokong tuan rumah di Arena Stuttgart.
Baca Juga:
- Ini Rahsia Bangsa Cina Simpan Duit Yang Semua Orang Boleh Ikut
- Mengapa Pengguna CIMB Tidak Perlu Panik Dengan Servis DuitNow
- Kad Kredit Bahaya? Mari Ambil Tahu Tentang Kelebihan Dan Keburukannya
Selepas separuh masa pertama tanpa jaringan, Olmo meletakkan Sepanyol di depan enam minit selepas rehat tetapi Jerman mengheret aksi ke masa tambahan melalui gol pada minit ke-89 daripada Florian Wirtz.
Jerman berusaha mengejar mencari gol penyamaan sehingga lewat perlawanan tetapi Sepanyol mampu bertahan untuk mara ke separuh akhir dan berdepan sama ada Portugal atau Perancis Rabu ini.
Kekalahan Jerman juga lebih sukar untuk ditelan apabila mereka dinafikan sepakan penalti selepas bola terkena tangan Marc Cucurella dalam masa tambahan.
Tidak diletakkan sebagai pasukan pilihan utama sebelum kejohanan itu, Sepanyol kini calon juara dan bakal bertemu Perancis dalam aksi separuh akhir Rabu ini di Munich.
๐ช๐ธ๐๐ซ๐ท Semi-final locked in ๐
๐๏ธ Tuesday 9 July 2024#EURO2024 pic.twitter.com/U7UTLPWvat
โ UEFA EURO 2024 (@EURO2024) July 5, 2024
Jurulatih Sepanyol, Luis de la Fuente memuji skuad mudanya yang bekerja keras dalam setiap perlawanan dan tidak mudah putus asa.
De la Fuente sudah bekerja sebagai jurulatih di pelbagai peringkat pasukan kebangsaan Sepanyol dan membimbing beberapa pemain dalam kumpulan umur yang lebih muda.
Dia meraikan malam bersejarah itu dan berkata: โSaya bangga kami dapat mewakili negara kami. Sejauh mana kami akan melangkah, kita akan lihat, tetapi kami benar-benar yakin bahawa kami boleh pergi jauh dengan pasukan ini.
โKami sangat gembira, tetapi kegembiraan kami sepenuhnya terkawal. Kami tahu esok adalah hari lain.โ