Pada Ahad lalu berakhirlah acara Tokyo Auto Salon KL buat tahun ke-dua di Malaysia.

Bagaimanapun acara kali ini mendapat pelbagai kritikan daripada para pengunjung dan peserta.

Baca Juga:

Salah seorang peserta berkongsi pengalaman kurang senang sepanjang berada di acara tersebut.

Beliau menyimpulkan acara tersebut tidak dianjurkan dengan baik dan membosankan.

Sumber Gambar: Facebook Zulkifli Bin Salleh

Menurutnya harga tiket yang mahal tidak setanding dengan apa dipertontonkan kepada para pengunjung.

“Yuran masuk mahal. Kereta stock banyak sangat. Entah mana curated car yang pihak pengurusan sembang pun tak tahu yang mana. Kereta Jepun bawa pun yang suam-suam kuku.

“Staf & intern kurang sopan. Merch untuk peserta pun dapat baju (kualiti) RM5. Memang nampak nak buat duit saja, tapi tak tahu hargai peserta.

Setup yang skema macam bagi student buat event. Bahasa melayu kurang baik macam bawa staf dari Tanah Besar China,” ujarnya.

Difahamkan ada yang bayar RM1,000 untuk pas VIP, namun layanan seperti pengunjung beli tiket biasa, bahkan tidak dapat tandatangan daripada lagenda-lagenda automotif Jepun yang ada pada ketika itu.

Sumber Gambar: Facebook Zulkifli Bin Salleh
Sumber Gambar: Facebook Zulkifli Bin Salleh

Dalam pada itu, pengunjung dan peserta mendakwa pemenang lucky draw tidak adil, diberikan kepada ‘kawan-kawan’.

Warganet turut memberikan cadangan supaya penganjur Tokyo Auto Salon KL dapat belajar membuat event daripada beberapa penganjur tempatan yang menggunakan bajet sederhana tapi beri impak berkelas dunia.

“Pendapat saya, acara RX-Z Member, Festival Y15 Y16ZR 135LC jauh lebih baik,” kata netizen.