Exco Pelancongan dan Ekonomi Kreatif negeri, Wong Hon Wai menegaskan isu pertukaran nama George Town kepada Tanjung Penaga tidak wajar dijadikan isu susulan George Town telah dimasukkan secara rasmi ke dalam senarai Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), lapor MalaysiaGazette.
Menurutnya lagi, nama ‘Tanjong’ sebenarnya telah lama diangkat ke Dewan Rakyat sebagai nama kawasan Parlimen.
Baca Juga:
- Tiada Tonjol Budaya Melayu Dalam Video Promosi, George Town Festival Minta Maaf
- 8 Sebab Kenapa George Town, Pulau Pinang Bandar Tempatan Paling Best
- Georgetown Dipilih Sebagai Satu-Satunya Bandar Di Asia Untuk Projek Terbaharu UNESCO
“Oleh itu, tiada isu penukaran nama yang timbul berkaitan dengan nama tempat tersebut.
“Selain tersenarai dalam UNESCO, George Town juga diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai destinasi pelancongan terkenal di Malaysia yang telah menarik pelancong dari seluruh dunia,” jelasnya menerusi satu kenyataan media hari ini.
Respon exco itu dikongsikan selepas Ketua Penerangan Pas Pulau Pinang, Muhammad Fawwaz Mohamad Jan yang meminta kerajaan negeri mempertimbangkan semula nama George Town.
Menurut Ustaz Fawwaz, Tanjung Penaga merupakan nama asal George Town dan nama itu melambangkan identiti Malaysia itu sendiri.
Sementara itu, pasukan George Town Festival 2024 tampil memohon maaf dan memadam video promosi mereka setelah ia menimbul kekecohan di kalangan masyarat.