FA Palestin telah mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa mereka kecewa dengan tindakan 6 kelab Is*ael yang beroperasi secara haram di kawasan West Bank.
Ianya dianggap telah melanggar peraturan FIFA, Olimpik dan undang undang antarabangsa.
FA Palestin gesa sekatan dikenakan
FA Palestin menganggap ini adalah pedudukan haram versi kelab bola sepak dibuat oleh kelab kelab dari Is*ael ini.
Kini sudah ada 9 kelab dari Is*ael yang beroperasi secara haram menurut kenyataan FA Palestin.
Kenyataan itu berbunyi: “Bola sepak di tanah yang dicuri.
“Pendudukan haram kelab kelab dari Is*ael ini semakin berleluasa. Selepas melakukan genosid, kini mereka melanggar undang undang FIFA, Olimpik, dan undang undang antarabangsa.
“Ini bukan bola sepak, ini adalah satu bentuk ‘sportwashing apartheid’,” tegas FA Palestin.
FA Palestin menggesa FIFA, kesatuan Olimpik dan juga undang undang antarabangsa mengambil tindakan ke atas kelab kelab ini.
Gesaan antarabangsa
FA Palestin bukan satunya persatuan yang mendesak sekatan dikenakan ke atas kelab dan bola sepak Is*ael. Sebelum ini ramai yang mendesak FIFA dan UEFA bertindak menyekat kelab kelab dari negara haram tersebut, termasuk pasukan kebangsaan mereka.
Ini kerana pencerobohan dan krisis kemanusiaan yang dicetuskan mereka di Gaza yang dianggap sangat teruk.
Peminat rata rata mempersoalkan, kenapa FIFA dan UEFA tidak mengenakan sekatan yang sama ke atas mereka seperti mana dilakukan ke atas pasukan kebangsaan Rusia dan kelab kelab Rusia sebelum ini.
Pasukan kebanmgsaan Rusia dilarang daripada beraksi dalam beberapa pertandingan major dan aksi kelayakan Piala Dunia serta Euro.
Seterusnya kelab kelab dari Rusia ini juga diharamkan daripada aksi di bawah UEFA dan FIFA. Tindakan tersebut turut diperluaskan kepada sukan lain.