Satu aplikasi baru bakal mengubah cara berkomunikasi di antara rakan sepejabat anda dan bos anda juga! Aplikasi ini dijangkakan hit di kalangan pengguna Facebook tetapi masih tidak dapat dipastikan sama ada ia direka untuk penggunaan awam atau syarikat-syarikat besar sahaja.

‘Facebook At Work’ adalah sebuah aplikasi pengurusan networking yang kelihatan sama seperti Facebook sedia ada tetapi dengan penambahan beberapa ciri yang bersesuaian. Antaranya, tiada iklan dan syarikat tidak menjejaki pengguna atau memegang data mereka. Key feature aplikasi ini ialah Group, di mana syarikat percaya ia boleh menggantikan penggunaan senarai email di masa depan.

Oleh kerana tiada iklan di ‘Facebook At Work’, Facebook kemungkinan akan mengenakan caj subscription untuk penggunaannya. Ini satu ruangan baru bagi pihak Facebook dalam mengusahakan workplace app sebagai satu platform sosial di kalangan syarikat korporat. Facebook juga sedar mereka akan bersaing dengan syarikat sedia ada yang telah menyediakan workplace app seperti chatting dan real-time document collaboration. Antaranya aplikasi sedia ada ialah Office, Connections dan Slack.

Ramai orang telah familiar dengan Facebook tetapi ramai orang juga risau akan status syarikat Facebook yang pakar dalam pengumpulan data peribadi. Dikhuatiri perihal perbualan korporat yang sensitif diketahui. Jurucakap Facebook berkata Facebook tidak akan mengumpul sebara data dari pengguna korporat dan penggunaan aplikasi ini tidak akan mengubah profil Facebook mereka yang sedia ada.

‘Facebook At Work’ akan boleh diperolehi dari Apple iOS App Store dan Android Stores.

Apa pendapat anda tentang kemunculan aplikasi ‘Facebook At Work’?

Sumber: WSJ

LIKE Facebook The Vocket disini untuk memperolehi info teknologi dan artikel menarik setiap hari.