Susulan insiden tidak diingini di Good Vibes Festival malam semalam, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil menerusi akaun Twitter rasminya telah berkongsi keputusan membatalkan serta-merta acara tersebut selepas satu perbincangan dengan penganjur Festival Good Vibes 2023, Future Sound Asia.
Perbincangan itu dibuat selepas berlaku insiden yang bersifat biadap oleh vokalis kumpulan muzik The 1975, yang tampil di pentas dengan memegang botol arak, mengeluarkan kata-kata kesat, merendahkan agama rasmi dan undang-undang Malaysia serta bercium dengan ahli kumpulannya.

Baca Juga:
- Good Vibes Festival 2023 Kembali, Tampilkan The Strokes Sempena Ulang Tahun Ke-10
- Lebih ‘Advanced’ Dengan Teknologi Terkini, Dua Model Samsung Ini Sedia Pilihan Para Keluarga Serta Gamer
- Samsung Neo QLED 4K QN85C, Model TV Versatil Dan Beresolusi Tinggi Dengan Sokongan AI
“Saya sudah memanggil penganjur Festival Good Vibes 2023 iaitu Future Sound Asia, susulan aksi dan kenyataan sangat biadab yang dipamerkan oleh artis dari United Kingdom The 1975 di Sepang malam tadi.
Justeru, saya telah mengarahkan PEMBATALAN SERTA MERTA baki festival tersebut yang sepatutnya berlangsung hari ini sehingga esok, 23 Julai.
— Fahmi Fadzil 🇲🇾 (@fahmi_fadzil) July 22, 2023
“Ingin saya tegaskan, pendirian Kerajaan Perpaduan amat jelas. Tiada kompromi terhadap mana-mana pihak yang mencabar, memperlekeh serta melanggar undang-undang Malaysia.
“Justeru, saya telah mengarahkan pembatalan serta merta baki festival tersebut yang sepatutnya berlangsung hari ini sehingga esok, 23 Julai,” katanya.
Tambah Fahmi, dia juga menggesa penganjur acara itu untuk mengenal pasti mekanisme terbaik untuk membayar ganti rugi kepada pembeli tiket.
Saya faham keputusan ini akan memberi implikasi kepada penonton yang telah membeli tiket.
Sehubungan itu, saya juga telah menggesa penganjur untuk mengenal pasti mekanisme ganti rugi kepada pembeli-pembeli tiket.
— Fahmi Fadzil 🇲🇾 (@fahmi_fadzil) July 22, 2023
“Kerajaan sentiasa komited menyokong pembangunan industri kreatif dan kebebasan bersuara. Walau bagaimanapun, jangan sesekali menyentuh sensitiviti masyarakat, khususnya yang bertentangan dengan adab dan nilai budaya tempatan,” katanya.
Terdahulu, penganjur acara mengeluarkan kenyataan bahawa acara festival itu akan diteruskan seperti dijadualkan dan pengunjung pas sehari untuk acara pada hari Jumaat, dibenarkan untuk datang pada hari Sabtu dan Ahad.